Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mailo dan Barny terima pingat Anugerah Ketua Polis Johor


JOHOR BAHRU: Dua ekor anjing daripada unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Unit K9 antara 139 penerima Anugerah Ketua Polis Johor sempena sambutan Hari Polis ke-214 peringkat negeri, hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua ekor anjing baka German Shepherd itu menyumbang banyak jasa dalam menyelesaikan kes termasuk yang berprofil tinggi.

Katanya, dua ekor anjing bernama Mailo dan Barny membantu polis Johor dalam mengesan mayat seorang wanita yang dibunuh kejam oleh suaminya dalam kejadian di Kota Tinggi, awal bulan ini.


“Anjing ini sudah bersama Kontinjen Johor sejak dua tahun lalu dan banyak memberi sumbangan. Peranan unit K9 ini banyak berjasa bukan sahaja kepada Kontinjen Johor tetapi kepada PDRM di seluruh negara.

“Dalam kes mencari dan mengesan mayat, unit ini memainkan peranan penting. Sebab itu kita kali ini memberi sumbangan kepada pengendali serta anjing itu sendiri,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perbarisan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-214 peringkat negeri di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mailo bersama pengendalinya Lans Koperal K. Thiru

Barny bersama pengendalinya Lans Koperal Calvin Maluni


Anjing bernama Mailo dikendalikan oleh Lans Koperal K. Thiru manakala Barny dikendalikan oleh Lans Koperal Calvin Maluni.

Ayob Khan berkata, Polis Johor mempunyai lapan ekor anjing di bawah Unit K9 yang boleh berkhidmat sehingga usia 10 tahun.

Pada majlis tersebut, seramai 139 menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Johor termasuk 10 pengamal media.

Dalam majlis yang sama, seramai 27 pegawai dan anggota termasuk kakitangan awam menerima penghargaan Ketua Polis Negara bagi anugerah integriti dan penghargaan tolak rasuah. 

– UTUSAN ONLINE

Mailo dan Barny bergambar kenangan