Koperal polis bunuh anak sebelum bunuh diri di Seremban


SEREMBAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal bersama anaknya ditemukan mati dipercayai membunuh diri dalam sebuah kereta di Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, si mati merupakan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan dipercayai telah membunuh diri dengan menggunakan senjata api jenis pistol pasukan.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat pertama yang disalurkan melalui MERS 999 pada pukul 6.42 petang.





“Respons pertama telah sampai di tempat kejadian pada pukul 6.55 petang dan didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak telah meninggal dunia, dalam sebuah kereta jenis proton wira.

“Hasil siasatan awal, didapati si mati telah membunuh diri dengan menggunakan senjata api jenis pistol dan butiran si mati adalah seorang anggota polis yang bertugas di IPD Seremban dan menggunakan pistol pasukan,” katanya dalam sidang akhbar di tempat kejadian malam ini.

Katanya, kanak-kanak lelaki yang turut ditemukan mati berusia tujuh tahun.

“Seorang lagi dipercayai anak kepada si mati dan kita merasakan ia adalah satu kejadian tindakan membunuh diri dan juga bunuh.



“Kita percaya, si mati telah menembak anaknya berumur tujuh tahun dan selepas itu telah menembak dirinya sendiri. Kecederaan setakat ini, siasatan awal diperoleh adalah kesan tembakan di bahagian kepala pada kedua-dua si mati,” katanya.

Tambahnya, kejadian di siasat di bawah Seksyen 302 dan laporan mati mengejut.

“Motif dalam siasatan dan masih terlalu awal memberikan penjelasan tetapi saya percaya si mati mempunyai masalah keluarga,” katanya. 

-UTUSAN ONLINE

Join our Telegram Channel
Telegram


Koperal polis bunuh anak sebelum bunuh diri di Seremban Koperal polis bunuh anak sebelum bunuh diri di Seremban Reviewed by Tun Carlos on March 26, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.