Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Terus terang saya tak setuju dengan cara penubuhan PN, itu sebab tolak jawatan Pengerusi TNB" Tok Mat


Ternyata tindakan Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan menolak tawaran sebagai pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada tahun lalu menjadi persoalan ramai orang termasuk ahli-ahli UMNO sendiri.

Tanpa berahsia lagi, dalam temubual bersama UMNO Online malam tadi persoalan tersebut telah dijawab sepenuhnya oleh beliau.

Menurut Mohamad, beliau menolak tawaran tersebut kerana beliau tidak bersetuju dengan cara penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) disamping mahu menjaga maruah parti.


"Walaupun saya tolak pelawaan dari kerajaan kerana bagi saya mahu menjaga maruah parti, dan saya antara orang yang secara terus terang lebih cenderung untuk kita mengadakan pilihanraya umum mendapatkan mandat daripada rakyat."

"Tetapi bila parti dah buat keputusan untuk mendokong PN, saya akur. Saya sama-sama."

"Tetapi sebagai orang yang tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan secara sebegitu, tawarkan saya (jawatan) saya rasa saya tidak mahu jadi orang yang hipokrit.


"Saya juga menjaga maruah parti, sebagai orang nombor dua dalam parti UMNO terbesar, kita patut jadi parti induk. Ini kita nak jadi anak ayam pula apa pasal?

"Tak tahulah, kita sudi jadi anak ayam tak tahulah saya. Tapi saya nak jadi induk ayam. Sangat konsisten. Dalam apa jua keadaan UMNO perlu jadi induk dan teras dalam pentadbiran negara."ujar beliau.

-Tun Carlos