Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib minta disuntik vaksin Sinovac seperti Khairy


CYBERJAYA: Pertembungan antara bekas perdana menteri Najib Razak dan Khairy Jamaluddin berhubung isu vaksin di media sosial berterusan.

Ia selepas bekas perdana menteri itu turut menyuarakan hasrat untuk diberi suntikan vaksin Sinovac, sama seperti Khairy yang menerimanya hari ini.

Najib meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan dirinya untuk menerima suntikan Vaksin Sinovac.


Najib berkata demikian bagi menjawab dan mematahkan tohmahan kononnya diri Anti-Vaksin dan tidak percaya Vaksin.

“Memandangkan bekalan Sinovac yang lebih banyak telah diterima serta kebanyakkan frontliners sudah diberi vaksin dos pertama dan mematahkan tohmahan bahawa Najib adalah anti-vax dan juga tak percaya Vaksin,

“Saya harap KKM akan jadualkan saya untuk terima Vaksin Sinovac seperti Khairy Jamaluddin (KJ) dalam masa terdekat,” tulisnya dalam ruangan komen Facebook miliknya.

Ujarnya lagi, Vaksin Covid amat penting bagi negara. 


Terdahulu, Khairy yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaporkan berkata Najib telah membatalkan temu janji suntikan vaksin yang ditetapkan pada 6 Mac.

Najib bagaimanapun berkata dia ingin memberi laluan kepada petugas barisan depan dan mempersoalkan sama ada dia tidak boleh berbuat demikian seperti orang lain.

"Mungkin saya perlu buat sidang media terlebih dahulu," katanya sinis.

-Tun Carlos