Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Sudah tentu rakyat bergembira dengan kenyataan Agong" kata Ku Li


PETALING JAYA: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah boleh menentukan tarikh sesuai persidangan Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menyambut baik ketegasan Sultan Abdullah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa.

Katanya, Agong juga boleh memanggil Parlimen bersidang tanpa perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.


“Sebenarnya memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah perlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada perdana menteri apatah lagi di dalam keadaan darurat diisytiharkan.

“Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menyambut baik ketegasan Sultan Abdullah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa.


“Kita semua menyambut baik ketegasan Istana Negara bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat. Sudah tentu rakyat bergembira dengan kenyataan ini,” katanya.

Agong berpandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh proklamasi darurat dilaksanakan, pada suatu tarikh difikirkan sesuai olehnya atas nasihat Muhyiddin.


Sebelum ini Tengku Razaleigh bersama Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub dan MP Padang Rengas Nazri Aziz telah mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin. -FMT