Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Parlimen boleh bersidang ketika darurat -YDP Agong


YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh proklamasi darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan media Istana Negara hari ini, pandangan Seri Paduka itu seperti mana termaktub dalam sub perenggan 14(1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Dalam pertemuan bersama Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini, Seri Paduka telah menegaskan bahawa Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi berteraskan keluhuran Perlembagaan, maka setiap cabang sama ada eksekutif, legislatif dan kehakiman haruslah sentiasa akur prinsip tersebut.




“Oleh demikian tanggapan sesetengah bahawa pelaksanaan Proklamasi Darurat menghalang Parlimen bersidang adalah tidak tepat.
 
“Ditegaskan bahawa perkenan Seri Paduka pada nasihat Perdana Menteri mengenai pengisytiharan proklamasi darurat 12 Januari lalu adalah semata-mata sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Dato Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

Menurut Ahmad Fadil, Seri Paduka juga mengambil kesempatan ini menzahirkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta agensi kerajaan yang berkait di atas usaha merealisasikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula hari ini. -UTUSAN