Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Lets the party start now" kumpulan hackers dakwa mula godam portal kerajaan


PETALING JAYA- "Lets the party start now" penggodam laman sesawang, Anonymous Malaysia mula mendakwa telah menggerakkan serangan siber tengah malam tadi selepas memberi ugutan kedua kepada kerajaan minggu lalu.

Menerusi status dimuat naik di laman Faceebook Anonymous Malaysia, mereka mendakwa mula menyerang beberapa portal kerajaan sejak malam tadi.

Dakwanya, antara yang menjadi sasaran kumpulan dikenali ‘cyberpunk’ itu termasuklah portal Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.


Turut terlibat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Majlis Perbandaran Selayang.

Minggu lalu, Anonymous Malaysia kembali muncul menghantui laman web dan aset dalam talian selepas lima tahun berdiam diri.




Kemunculan kembali kumpulan itu dibuktikan menerusi satu video berdurasi 2.29 minit yang dikongsikan di laman sosial Facebooknya.

Menerusi mesej video itu, kumpulan tersebut berjanji untuk mengadakan serangan siber terhadap laman web kerajaan dan aset atas talian dikenali sebagai #OpsWakeUp21.  – Kosmo