Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki 20 tahun dirogol bergilir-gilir selepas berjoging di Damansara


Petaling Jaya: Seorang pelayan restoran mendakwa dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir sebanyak lapan kali oleh dua lelaki di Kampung Sungai Kayu Ara, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian dipercayai berlaku 7 malam, apabila lelaki berusia 20 tahun itu terserempak dengan suspek ketika berjoging di kawasan rumahnya di Damansara.

"Mangsa mendakwa dua suspek itu sedang minum minuman keras dan memanggil mangsa serta bertanya soalan.


"Tiba-tiba suspek menarik tangan mangsa dan mengarahkannya membonceng motosikal salah seorang daripada mereka dan dibawa ke rumah didiami mereka di Kampung Sungai Kayu Ara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, mangsa kemudian mendakwa diliwat secara bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek sebanyak lapan kali serta dipaksa untuk melakukan seks oral sebelum dihantar pulang.

"Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan sepasukan anggota melakukan risikan serta menyerbu rumah suspek pada 11 malam semalam.


"Dua lelaki tempatan berusia 31 dan 36 tahun ditahan kerana disyaki terbabit kes itu," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek bekerja sebagai pemandu lori dan kelindan lori, mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes jenayah.

"Mangsa kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), manakala suspek direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C, 377A dan 354 Kanun Keseksaan," katanya.

-MyMetro