Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ustaz Budak mengaku tak bersalah cabul kanak-kanak lelaki, bayar ikat jamin RM40,000


KOTA BHARU - Seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Budak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas lapan pertuduhan berhubung melakukan seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, tertuduh didakwa dengan maksud seksual telah meraba kemaluan seorang kanak-kanak lelaki dan membuatkan mangsa memegang kemaluannya.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di asrama madrasah dan sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Kampung Awah, Machang jam 11 malam pada November 2017 hingga September 2018.

Ustaz Budak ketika di mahkamah

Sementara itu, bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, Syamsul Zaman dengan maksud seksual telah meraba kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun sembilan bulan dan membuatkan mangsa memegang kemaluannya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di rumah sama, jam 11 malam pada 29 Oktober tahun lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta sama bersama Seksyen 16 akta sama.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam, Sharudddin Mohamed.

Peguam, Sharudddin memohon mahkamah membenarkan anak guamnya itu diikat jamin memandangkan tertuduh perlu menanggung enam adik beradik dan ibu yang juga orang kurang upaya (OKU).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan tiga orang penjamin beserta syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis pada setiap awal bulan dan menetapkan sebutan kes pada 17 Februari depan. Difahamkan tertuduh membayar ikat jamin. -SinarHarian