Perjanjian antara semua parti politik elak pilihanraya ketika pandemik, lebih baik dari isytihar darurat -Shafie


KOTA KINABALU: Perjanjian politik antara semua parti untuk tidak mengadakan pilihan raya umum sehingga krisis kesihatan negara ini reda adalah lebih baik daripada mengisytiharkan darurat, kata presiden Warisan Shafie Apdal hari ini.

Shafie berkata, darurat nampak seperti “bermotifkan politik”. Beliau menyifatkan rasional diberikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sebagai “tidak boleh diterima”.

“Wujud undang-undang yang cukup untuk menangani pandemik Covid-19. Jika ada keperluan untuk meminda perlembagaan persekutuan bagi mengelak pilihan raya Sarawak atau pilihan raya kecil, kerajaan Perikatan Nasional patut berunding dengan pembangkang untuk melakukannya,” katanya.


Pindaan perlembagaan memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, sedangkan gabungan PN yang memerintah cuma mempunyai majoriti dua kerusi.

Selain itu, katanya, kerajaan juga sepatutnya berunding dengan pembangkang mengenai perundangan bagi menangani pandemik Covid-19.

Katanya, pemimpin politik dari kedua-dua pihak mampu bersetuju untuk tidak mengadakan pilihan raya umum.

Beliau menggesa darurat dibatalkan supaya demokrasi berparlimen dapat dikembalikan secepat mungkin dan pemimpin politik mengadakan rundingan.


Darurat diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin dan ditetapkan sehingga 1 Ogos atau lebih awal jika kes Covid-19 dapat diturunkan.

Parlimen dan semua persidangan dewan undangan negeri digantung.

Muhyiddin pada Isnin berkata, kerajaan memerlukan kuasa tertentu untuk memastikan pandemik dapat dikawal.

Shafie berkata perintah kawalan pergerakan ada dan boleh dilaksanakan, manakala pentadbiran di bawah perintah darurat mungkin membawa kepada penyalahgunaan kuasa atau “disalahgunakan untuk memansuhkan atau mengehadkan hak asasi mengikut perlembagaan serta hak individu di negara ini.”





Untuk rekod, kes positif covid-19 melonjak di negara ini sewaktu selepas berlakunya pilihanraya negeri Sabah pada tahun lalu. Ia berikutan Musa Aman mendapat majoriti untuk menggantikan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tidak seperti apa yang berlaku di Perak dan Johor, Shafie Apdal pada waktu itu tetap bertegas untuk adakan pilihanraya negeri daripada menyerahkan jawatan Ketua Menteri kepada Musa Aman dengan alasan beliau berani mati, walaupun kes covid-19 di Sabah pada waktu itu masih tinggi.

-FMT/TunCarlos





Join our Telegram Channel
Telegram


Perjanjian antara semua parti politik elak pilihanraya ketika pandemik, lebih baik dari isytihar darurat -Shafie Perjanjian antara semua parti politik elak pilihanraya ketika pandemik, lebih baik dari isytihar darurat -Shafie Reviewed by Tun Carlos on January 15, 2021 Rating: 5

1 comment:

  1. Puak2 ni boleh percaya ke kalau buat perjanjian? Manifesto kencing, kerjasama politik sesama perikatan pun dilanggar, sesama gabungan pun mungkir, titah ydpa pun engkar..awak rasa awak ada masa utk percaya??????he he he..sokong Darurat 100%

    ReplyDelete

Powered by Blogger.