Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ketua Menteri P.Pinang tukar kereta rasmi 3 kali, ada hati nak kecam PAS -Najib


Setelah teruk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikritik netizen dan rakyat mengenai pembelian terbaru kereta rasmi. kini giliran bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pula mempersoal tindakan kerajaan negeri itu di pautan terbaru Facebooknya.

"Sejak projek terowong ajaib dianugerahkan, ketua menteri Pulau Pinang sudah tukar kereta rasmi 3 kali." ujar Najib

"Guan Eng guna Toyota Camry untuk sebulan sahaja. Lalu dia gantikannya dengan kereta Mercedes S-class baru."


"Kereta rasmi ditukar 3 kali sejak tahun 2013 tapi kerja pembinaan terowong tak pernah bermula sejak 8 tahun dahulu."



"DAP ada hati lagi nak kecam kerajaan PAS Kelantan beli Mercedes dan fitnah MB Kedah beli Vellfire?"

Di bahagian komen pula, Najib menyambung mempersoal pemimpin Amanah iaitu Mahfuz Omar yang lantang mengkritik Kerajaan PAS mengenai dakwaan pembelian kereta rasmi Vellfire baru-baru ini.

Sejak projek terowong ajaib dianugerahkan, ketua menteri Pulau Pinang sudah tukar kereta rasmi 3 kali. Guan Eng guna...

Posted by Najib Razak on Friday, 8 January 2021


"Saya baru check. Mahfuz tak buat posting atau video pun untuk kecam Ketua Menteri DAP Pulau Pinang beli S-class RM500 ribu pada zaman Covid."ujar Najib

"Tapi dia sepantas kilat untuk fitnah MB Kedah PAS beli Vellfire RM300k pulak."

Mahfuz: "Saya ingin menyeru seluruh rakyat Kedah agar menyoal kepada Menteri Besar Kedah yg juga Pengurusi SADA, Apakah keperluan untuk membeli sebuah kereta yang berharga RM 300,000 lebih padahal kereta yang sedia ada masih elok untuk digunakan oleh MB? Sekali lagi saya menyeru rakyat Kedah supaya menyoal dan dapatkan jawapan daripada MB atas keperluan membeli kenderaan tersebut."

Najib juga turut berkongsi pautan video Mahfuz mempersoal tindakan PAS Kedah membeli Vellfire pada Oktober tahun lepas"