Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tok Mat terima permohonan parti Makkal Sakti masuk BN


Timbalan Pengerusi BN Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ataupun dikenali sebagai Tok Mat berkata tidak ada salahnya untuk parti itu menerima parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan.

Katanya hal itu kerana BN perlu mengumpulkan semula kekuatan termasuk daripada parti-parti lain yang mempunyai kelebihan tersendiri selepas kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Kita mesti bersifat inklusif, bukannya eksklusif lagi. Maka jika ditanya pandangan peribadi saya, lebih banyak parti bersepakat di bawah payung BN itu lebih baik, kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, dan kekuatan sedikit-sedikit ini jika dikumpulkan akan menjadi kekuatan yang besar nanti.

Tok Mat bersama kepimpinan Makkal Sakti



"Ini yang perlu kita bina dan lakukan untuk BN membina kekuatan baru sebab BN dah kalah pada PRU ke-14,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) di Nilai, Negeri Sembilan.

Turut hadir Presidennya Makkan Sakti, RS Thanenthiran.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO bagaimanapun berkata sebarang keputusan berhubung penyertaan parti baru dalam BN perlu mendapat konsesus daripada empat parti komponen sedia ada iaitu Umno, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).


Mengulas mengenai permohonan Thanenthiran agar Makkal Sakti dibenarkan bertanding atas tiket BN pada PRU ke-15, Mohamad berkata perkara itu wajar dipertimbang pucuk pimpinan BN memandangkan mereka masih setia menyokong gabungan tersebut sekali pun hanya berstatus parti rakan.

“Makkal Sakti telah lama bersama membantu BN, baik semasa (BN) menjadi kerajaan dan bukan kerajaan lagi.

"Saya yakin pertimbangan boleh dilakukan oleh jawatankuasa tertinggi BN berkenaan permohonan Makkal Sakti ini,” katanya.

KKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

Terdahulu, Thanenthiran dalam ucapannya memohon BN memberikan peluang kepada parti itu bertanding pada PRU akan datang.

"Ini harapan kami dan kami sedia bertanding. Jika bukan PRU ke-15, bila lagi," katanya.

Mesyuarat agung berkenaan yang dihadiri 753 perwakilan dari seluruh negara turut meluluskan tiga resolusi, iaitu menjadi parti komponen BN, bertanding bawah payung BN pada PRU ke-15 dan mengenai kesejahteraan masyarakat India di Sabah yang kemudian diserahkan kepada Mohamad.

- Bernama