Laporan polis dibuat ke atas bekas Gabenor Bank Negara


KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap dakwaan keluarga bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Aziz pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Exco Pemuda UMNO, Shahrul Nasrun Kamaruddin berharap polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan segera dengan memanggil Zeti serta keluarganya.

“Saya sebagai rakyat yang cintakan negara mendesak satu laporan terperinci tiada satu pihak pun, termasuk bekas pemegang jawatan tertinggi dalam mana-mana institusi kewangan yang mempunyai penglibatan dalam skandal 1MDB, diberikan perlindungan dan tidak dihadapkan ke muka pengadilan atas apa jua sebab.

Exco Pemuda UMNO ketika selesai buat laporan polis terhadap Zeti Aziz di IPD Dang Wangi hari ini



“Rakyat Malaysia memerlukan kebenaran dalam usaha kita membersihkan semula nama negara tercinta ini di mata dunia,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Isnin lalu, laman MalaysiaToday mendakwa pegawai kanan di AmInvestment Bank Bhd bersekongkol membantu dua syarikat yang ada kaitan dengan Low, menjana keuntungan berjuta-juta daripada bon 1MDB pada hari pertama ia dikeluarkan.

Penjualan bon bernilai RM5 bilion itu dikatakan diatur AmInvestment dan diluluskan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) ketika itu, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, walaupun dibantah pemegang saham, kerajaan Terengganu.


Penerbitan bon bernilai RM5 bilion, yang dikatakan untuk pembangunan bersama Pulau Bidong dengan Mubadala, didakwa dilakukan terburu-buru atas nasihat penasihat khas TIA tanpa menyelesaikan isu dibangkitkan lembaga pengarahnya.

Wang yang diperolehi 1MDB daripada bon itu digunakan untuk membayar PetroSaudi JV sebanyak AS$1 bilion. Bagaimanapun, penyiasat kes itu mengesahkan AS$700 juta dipindahkan ke syarikat ada kaitan dengan Low, Good Star Ltd.


Low kemudian didakwa memindahkan berjuta dolar kepada pelbagai individu dan entiti, termasuk suami Zeti, Tawfiq Ayman, menerusi syarikat yang dikaitkan dengannya, Cutting Edge Industries Ltd, dalam sepucuk surat bertarikh 13 Mac 2019. – FMT





Join our Telegram Channel
Telegram


Laporan polis dibuat ke atas bekas Gabenor Bank Negara Laporan polis dibuat ke atas bekas Gabenor Bank Negara Reviewed by Tun Carlos on December 30, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.