Kantoi, PH selama ini sorok maklumat keluarga Zeti terima RM100 juta dari Jho Low -Najib


ULASAN NAJIB: Jika dibuktikan bahawa keluarga Tan Sri Zeti telah menerima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal 1MDB yang disimpan dalam bank di Singapura, ia mungkin mempunyai impak kepada kes SRC saya sebab dia yang cadang saya gunakan akaun bank atas nama saya (dan bukan atas nama parti) untuk menerima derma asing.

Dan asas bagi kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB saya ialah dana asing yang dikatakan berasal dari SRC dan 1MDB pernah masuk ke dalam akaun bank atas nama saya.

Semasa menjatuhkan hukuman, hakim SRC (yang tiba-tiba ditukar rejim Mahathir selepas perbicaraan kes saya telah bermula) mengesahkan bahawa saya telah beberapa kali meminta BNM dan CEO Ambank untuk memantau akaun bank atas nama saya dan memberitahu saya jika ada transaksi-transaksi yang meragukan.


CEO Ambank juga pernah memberitahu mahkamah bahawa dia telah merujuk kepada Zeti berkali-kali berhubung transaksi-transaksi akaun bank saya.

Namun, hakim kata pendapat dia ialah saya tidak akan hirau amaran jikapun BNM atau Ambank pernah memberi amaran pada saya apabila berlaku transaksi yang tidak betul, sebab saya PM dan Menteri Kewangan masa itu.

Alasan Hakim yang membayangkan sendiri kononnya Najib akan abaikan jika diberi amaran


Bagaimanapun, sepanjang masa akaun bank saya dibuka, BNM dan Ambank tak pernah sekalipun mengeluarkan sebarang amaran kepada saya


Maka, jika ianya benar bahawa keluarga Zeti pernah menerima dana lebih RM100 juta dari Jho Low, ianya mungkin menjawab kenapa saya tidak pernah sekalipun diberi amaran berhubung transaksi-transaksi meragukan.

Keluarga Tan Sri Zeti Aziz

Ada juga yang tanya dalam komen posting saya tadi kenapa saya begitu percaya pada Zeti sebab dia adalah lantikan Mahathir sejak tahun 2000.

Tandatangan Gabenor BNM ada pada setiap wang kertas Malaysia.

Jadi, jika saya tak patut harapkan dia masa itu, siapa pula yang saya boleh harapkan?


Dan yang tanya kenapa Zeti tidak dipanggil sebagai saksi dan kenapa tuduhan keluarga dia pernah menerima dana dari Jho Low tidak pernah di bawa ke mahkamah, perlu tahu bahawa kami baru terima matlumat ini sejak bulan lepas setelah didedahkan pihak dalaman kepada kami.

Sebelum ini, rejim gagalkrasi telah sorok matlumat ini daripada kita sebab pihak berkuasa yang bertanggung jawab berhubung dengan bank di negara asing untuk mendapat matlumat juga adalah BNM.

Sebab itu, saya amat harap Tan Sri Zeti boleh berterus-terang dengan saya serta seluruh Rakyat Malaysia.

NOTA: Tidak pernah dijelaskan sesiapa pun kenapa saya perlu gunakan akaun atas nama saya sendiri jika saya mahu mencuri wang sedangkan akaun itu sentiasa dipantau oleh berpuluh pegawai dari BNM dan Ambank dan kenapa saya suruh BNM dan Ambank untuk pantau transaksi akaun saya jika saya mahu curi wang.





Yang terima dana lebih RM100 juta dan disimpan dalam bank Singapura untuk kegunaan peribadi, bisu memanjang.

Yang terima dana RM42 juta dan dibelanjakan keseluruhan ke atas Rakyat dan bukan untuk kegunaan peribadi pula dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta (iaitu denda RM5 bagi setiap RM1 yang saya beri kepada rakyat).


– Najib Razak

Jika dibuktikan bahawa keluarga Tan Sri Zeti telah menerima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang...

Posted by Najib Razak on Tuesday, 29 December 2020


Join our Telegram Channel
Telegram


Kantoi, PH selama ini sorok maklumat keluarga Zeti terima RM100 juta dari Jho Low -Najib Kantoi, PH selama ini sorok maklumat keluarga Zeti terima RM100 juta dari Jho Low -Najib Reviewed by Tun Carlos on December 30, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.