Wanita "gelang pink" membeli-belah untuk Deepavali gemparkan orang ramai


MELAKA: Tindakan seorang wanita yang memakai gelang tangan merah jambu mengunjungi sebuah pasar raya di bandar raya Melaka, di sini, semalam menggemparkan orang ramai.

Wanita berusia 33 tahun itu yang sepatutnya menjalani kuarantin di rumah sehingga Khamis ini didapati melanggar arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan keluar bersama saudara lelakinya untuk membeli-belah barangan keperluan sambutan Deepavali.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian, wanita yang juga pekerja sebuah kilang di Batu Berendam menyorokkan gelang merah jambu yang dipakai di tangan kanannya bagi mengelakkan status kesihatannya diketahui.



Bagaimanapun, katanya, gerak-geri wanita itu disedari beberapa orang awam sebelum melaporkan kepada pengawal keselamatan pasar raya berkenaan.

"Pengawal keselamatan itu mengarahkan wanita terbabit keluar dari premis dan memintanya menunggu di hadapan pejabat pegawal keselamatan sebelum menghubungi Balai Polis Batu Berendam.

"Sementara menunggu ketibaan polis, pengawal keselamatan itu menyoal siasat wanita terbabit dan mendapati dia datang ke pasar raya berkenaan bersama seorang saudara lelakinya sebelum dia diarah memanggil saudaranya itu," katanya.

Afzanizar berkata, setibanya polis di lokasi kejadian, wanita berkenaan bersama lelaki itu diarah pulang ke rumah untuk menyambung kuarantin sambil diiringi kereta peronda polis bagi memastikan mereka sampai ke rumah.


Katanya, siasatan mendapati wanita itu adalah Orang Di Bawah Pengawasan (PUS) dan tempoh kuarantin berakhir pada 12 November ini.

"Tiada tangkapan dibuat, bagaimanapun wanita itu sudah dimaklumkan untuk menyerah diri ke balai polis selepas tamat tempoh kuarantin serta menunjukkan keputusan ujian Covid-19 ke atasnya negatif.

"Siasatan ke atas wanita itu dilakukan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

-HarianMetro



Join our Telegram Channel
Telegram


Wanita "gelang pink" membeli-belah untuk Deepavali gemparkan orang ramai Wanita "gelang pink" membeli-belah untuk Deepavali gemparkan orang ramai Reviewed by Tun Carlos on November 10, 2020 Rating: 5

3 comments:

  1. Maafkan dia, utk akan datang KKM perlu keluarkan arahan dlm Bahasa Tamil, mereka ini tak faham Bahasa Melayu

    ReplyDelete
  2. Duk kt malaysia tp x fhm bhasa melayu bleh balik india la..

    ReplyDelete
  3. Siasat lararbelakang, mungkin ic palsu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.