Rentas daerah sambut harijadi, Adun DAP didesak letak jawatan


PETALING JAYA – Tular di dalam media sosial lewat hari ini mengenai gambar dan video sambutan ulangtahun kelahiran YB Young Syefura ADUN Ketari, Pahang di Avani Sepang Goldcoast Resort yang terletak di Selangor telah dimuatnaik oleh beliau sendiri.

Gambar tersebut dikongsikan kembali menerusi page Seademon.tv yang mempersoalkan adakah pergerakan mereka (gambar) mendapat persetujuan pihak berkuasa. 

Secara jelasnya mereka telah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri.



Di samping itu, tiada aktiviti berbentuk keraian seperti salah satunya menyambut ulangtahun kelahiran secara terbuka juga dibenarkan sepanjang dalam tempoh ini.

Terbaru menerusi laman twitter milik wakil rakyat DAP ini telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak di atas kealpaan dirinya dan sedia memberi kerjasama untuk disiasat oleh pihak berkuasa.

Respon warga Twitter terhadap permohonan maaf ini mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai tanda kekesalannya terhadap perkara yang berlaku.



-MalaysiaNews




Join our Telegram Channel
Telegram


Rentas daerah sambut harijadi, Adun DAP didesak letak jawatan Rentas daerah sambut harijadi, Adun DAP didesak letak jawatan Reviewed by Tun Carlos on November 09, 2020 Rating: 5

2 comments:

  1. Nanti dia and geng akan compared dgn kes MP Kuala Nerus

    ReplyDelete
  2. mp kuala nerus bawa berita gembira untuk peneroka....

    adun ketari bawa apa ?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.