Perbicaraan kes Najib dibatalkan



Perbicaraan kes rasuah 1MDB berhubung dana RM2.28 bilion yang melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak telah dibatalkan minggu ini susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib mengesahkan perkara ini ketika dihubungi portal Malaysiakini pagi ini.

"Ya, dibatalkan," katanya sebagai menjawab soalan apakah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengosongkan tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada hari ini hingga hari Khamis minggu ini susulan PKPB di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang dilanjutkan hingga awal Disember.


Mengenai apakah mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan baru untuk bulan Disember tahun ini, dia mengatakan bahawa setakat ini belum lagi ditetapkan.

Kerajaan melanjutkan PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya hingga 6 Disember.

Najib kini sedang dibicarakan atas empat tuduhan penyalahgunaan kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion. -MalaysiaKini



Join our Telegram Channel
Telegram


Perbicaraan kes Najib dibatalkan Perbicaraan kes Najib dibatalkan Reviewed by Tun Carlos on November 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.