Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahkamah dengar kes pedofil yang dibunuh rakan tahanan

Paul Fitzgerald (kiri) dan Richard Huckle (kanan)


GLOBAL | Seorang banduan yang menyeksa rakan banduan yang dipenjara akibat kes pedofil yang terburuk dalam sejarah Britain hingga mati telah menjalani perbicaraan di mahkamah di sana.

Alasan Paul Fitzgerald, 30 tahun, adalah kerana dia mahu perogol kanak-kanak itu "merasakan apa yang telah dirasakan" oleh mangsa-mangsanya.

Hal ini didedahkan di Mahkamah Hull Crown Court di United Kingdom (UK) hari ini, lapor beberapa media.


Richard Huckle, 33 tahun, pedofil yang disabitkan bersalah merogol dan mencabul sekitar 200 orang mangsanya, 23 daripadanya adalah kanak-kanak miskin yang menetap di Kuala Lumpur, ditikam sampai mati di UK pada Oktober tahun lalu.

Richard Huckle ketika di Kuala Lumpur

Fitzgerald didakwa membunuh Huckle dengan kejam melalui "serangan berpanjangan yang dirancang untuk mengaibkan dan menghina" Huckle di Penjara HM Full Sutton di York di UK.

Fitzgerald mengaku tidak bersalah membunuh Huckle, mendakwa tindakan itu pematian orang (manslaughter) dengan pengurangan tanggung jawab (diminished responsibility).


Pendakwa raya Alistair Neil Macdonald dipetik tabloid British Metro berkata tertuduh memasukkan objek ke dalam dubur dan otak Huckle sebagai "bentuk hukuman" atas kejahatan yang telah dilakukannya.

Ketika Fitzgerald bercakap dengan pasukan kesihatan mental di penjara, Fitzgerald didakwa berkata serangannya adalah satu bentuk pembalasan setimpal "keadilan puitis" (poetic justice).

“Dia seorang lelaki yang merogol dan menganiaya kanak-kanak kerana suka-suka. Dia juga boleh membunuh mereka. Saya berfikir dia telah melakukan yang lebih buruk daripada sekadar merogol mereka," tambah Fitzgerald.



Mahkamah juga mendengar bahawa pada masa pembunuhan itu, tertuduh menderita gangguan jiwa personaliti bercampur, psikopat dan gangguan identiti jantina.

Perbicaraan dijangka berlangsung selama lima hari.



Huckle dijatuhi hukuman penjara 22 tahun pada 2016 selepas mengaku salah atas 71 pertuduhan melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak antara 2006 dan 2014.

Mangsa Huckle adalah kanak-kanak dari pelbagai umur, bermula semuda enam bulan sehingga 12 tahun.

-MalaysiaKini