Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dakwaan "PAS takkan sokong UMNO tanpa Bersatu" oleh Annuar Musa tak betul -Asyraf

 

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung BN Annuar Musa bahawa PAS bertegas supaya Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu sebagai "tidak tepat."

"Kerana keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional Rabu lepas bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS sebagai dua parti teras mewakili bumiputera, Melayu, Islam.

"Tidak timbul langsung soal PAS beri kata dua tidak mahu kerjasama dengan Umno tanpa Bersatu," jelas Asyraf pada hantaran di media sosial malam ini.


Terdahulu, Annuar memaklumkan Umno tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu.

“Dalam kajian kita, Umno dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).

“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya Umno dan PAS dan tinggalkan Bersatu?

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam temu bual bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam semalam.


Bertentangan dengan kenyataan Aysraf malam ini, Annuar pula mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.

Menurut Annuar lagi, keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu adalah keputusan bersama parti itu, dalam usaha untuk menolak kerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Selepas kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.



Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan Bersatu.

Umno pula dikatakan 'dingin' dengan Bersatu apabila parti itu mendakwa tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN yang membentuk kerajaan Persekutuan. -MalaysiaKini

Tidak tepat apa yang didakwa dan dilaporkan Malaysiakini, kerana keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat...

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Friday, 20 November 2020