Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Ustaz patut jadi wakil rakyat" netizen kagum Ebit Lew beli 2 tanker air bantu penduduk Selangor


Sejak 19 Oktober 2020, sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah empat LRA Sungai Selangor itu dihenti tugas.

Ia ekoran daripada pencemaran sumber air mentah. Masalah ketiadaan air ini seperti sudah menjadi masalah ‘kebiasaan’ yang dialami oleh penduduk di Selangor.

Susulan kejadian itu, ramai penduduk yang terjejas dan tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi. 
Terpanggil untuk membantu, Ustaz Ebit Lew seperti biasa menjadi hero buat mereka semua dengan membeli 2 lori tanker air besar untuk diagihkan kepada para penduduk di pinggiran Batu Caves.

Ustaz Ebit berkongsi perkara itu di laman sosialnya berkata, mereka mula mengagihkan air dari jam 10 malam sehingga subuh masih belum selesai mengagihkan air.


“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.”kata Ebit Lew

Melihat kepada situasi mereka, tidak kira usia tua dan muda kebanyakan mereka beratur untuk mendapatkan air. Kasihan dan sayu melihat golongan tua yang harus mengusung air demi meneruskan kehidupan seharian.

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.”

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.”