Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu Sokong Anwar: Ku Li gesa pemimpin UMNO terlibat dibuang parti


PETALING JAYA: Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)berkata ahli Umno yang mendahulukan kepentingan parti politik lain boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang daripada parti.

Kenyataan ini keluar ketika heboh mengenai tersebarnya surat yang menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang iaitu Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Katanya, tindakan itu boleh juga dikenakan terhadap pimpinan tertinggi parti, sekiranya benar ada dalam kalangan mereka yang mengambil pendekatan itu.

“Bagi saya, sebagaimana yang disuarakan oleh ramai ahli Umno di peringkat bawah, sikap yang ditunjuk oleh pimpinan Umno itu seolah-olah dia tidak hormati perjuangan Umno.


“Nak mendahulukan pimpinan parti lain. Mengapa begitu? Jadi kalau inilah sikap mereka sebenar, mereka patut diambil tindakan, sampai boleh dibuang daripada parti kalau tidak memperjuangkan kepentingan parti,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Dalam pada itu, Ku Li berkata, tidak wajar untuk mendahulukan kepentingan pihak lawan khususnya Pakatan Harapan (PH) sedangkan Umno selama ini tegas tidak bersetuju dengan dasar mereka.

Katanya, pada masa ini terpulang kepada ahli parti yang mempunyai kesedaran untuk menegur pimpinan Umno, terutama dalam kembali kepada landasan perjuangan sebenar.


“Apakah pimpinan daripada parti pembangkang, mesti didahulukan, dan disokong oleh kita? (Sedangkan kita tak bersetuju dengan dasar-dasar dia).

“Ini terpulang kepada mereka mempunyai sikap yang kuat memperjuangkan perjuangan parti itu sendiri.

Beliau juga meminta ahli-ahli UMNO yang sedar, bertindak terhadap pemimpin UMNO yang terlibat.

“Kalau mereka fikir kita tidak mempunyai haluan, sebagaimana kehendak dan tuntutan parti dan orang Melayu seluruhnya, maka terpulang kepada ahli yang sedar, untuk bertindak,” katanya.