Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PAS dan UMNO setuju daftar Muafakat Nasional secara rasmi


PETALING JAYA: Umno dan PAS bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), selepas cadangan ini dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik Umno sebelum ini.

Setiausaha Agung I Annuar Musa dan Setiausaha Agung II Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata, kepimpinan kedua-dua parti bersetuju untuk mengorak langkah itu, walaupun mesyuarat jawatankuasa perunding MN yang sepatutnya bertemu semalam ditangguhkan.