Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki lolos diri dari SPRM berjaya dijumpai di pusat peranginan Pahang



KUALA LUMPUR – Raja penipuan pelaburan Macau Scam yang diburu sebagai suspek utama dalam kes pengubahan wang haram selepas meloloskan diri dengan memanjar pintu pagar Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya akhirnya berjaya ditangkap polis.

Ternyata tindakan beliau menipu polis dan menyembunyikan diri tidak tercapai apabila berjaya dikesan dan ditahan di sebuah pusat peranginan di Pahang awal pagi tadi.

Goh Leong Yeong atau dikenali sebagai Alvin ditahan sekitar 1.20 pagi bersama seorang wanita warga asing disyaki kekasihnya oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kata pengarahnya, Komisioner Datuk Huzir Mohamed kepada MalaysiaGazette hari ini.

Katanya sejak meloloskan diri dari ibu pejabat SPRM mengelak ditahan oleh polis pada 12 Oktober lalu, polis telah menjalankan risikan dan pemburuan suspek itu secara besar-besaran sebelum berjaya ditangkap hari ini.


“Dia kini ditahan di IPK Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan untuk tindakan lanjut. Namun kita juga akan siasat bagaimana suspek ini telah meloloskan diri dengan begitu mudah memanjat pintu pagar kerana wujud dakwaan dia dibantu orang tertentu untuk lari daripada ditahan polis,” kata Huzir.

Terdahulu, laporan mendakwa Alvin yang dikehendaki dalam kes sindiket pengubahan wang haram didakwa melarikan diri sejurus selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM bersama tujuh lagi individu setelah diambil keterangan siasatan kes.

Dia kemudian melarikan diri memanjat pintu pagar belakang SPRM sebagai mengelak daripada ditahan semula oleh polis yang menunggu di pintu pagar utama menaiki sebuah kereta Myvi.

Huzir dalam kenyataaan bertarikh 16 Oktober lalu melancarkan pemburuan suspek dikehendaki itu untuk tindakan lanjut. -MalaysiaGazette