Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ADUN Warisan pula positif Covid-19


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Norazlinah yang juga ADUN dari parti Warisan berkata beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam, dan didapati positif.

“Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.


Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom COVID-19.

Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Okt lepas.


Facebook ADUN Kunak:

بسم الله الرحمن الرحيم لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ‎

Posted by Norazlinah Arif on Friday, 25 September 2020