Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib dakwa simpan bukti video Shafie Apdal


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak mendakwa beliau ada menyimpan bukti video bekas Ketua Menteri Sabah yang baru saja kalah pilihanraya negeri baru-baru ini iaitu Shafie Apdal mengaku bahawa dia sanggup mati kerana Covid-19 daripada menyerahkan kuasa dengan begitu saja kepada parti lain.

"Simpan untuk rekod" ujar Najib di paparan Facebooknya ringkas.

Di dalam video yang diambil ketika sebelum PRN Sabah itu, Shafie mengatakan beliau tahu ada yang kritik mengapa perlu adakan pilihanraya, tapi beliau tetap berkeras untuk bubar juga DUN Sabah.


"Saya tahu ada yang telahpun kritik kita kenapa adakan pilihanraya, bimbang sangat nyawa manusia. Tapi daripada kita (WARISAN) menyerahkan kuasa kepada mereka secara itu, tidak apa bagi kita (mengenai nyawa manusia)."

"Saya sanggup mati daripada memberi kuasa kepada mereka."ujar Shafie dalam video tersebut sambil mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong dan pemimpin parti Warisan.

-Tun Carlos

video: