Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

2008: Mahathir sokong Ku Li sebagai Presiden UMNO, ketepi perselisihan faham selama ini


ULASAN: Saya tak hendak komen bila gambar ini diambil dan dimana. Tapi kisah Mahathir menggunakan Tengku Razaleigh (Ku Li) agar Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) serahkan Presiden Umno kepada DS Najib amat dekat dengan saya.

Selepas PRU 12 (tahun 2008) dimana pertama kali BN tidak lagi memegang 2/3 kerusi di Parlimen, saya telah dipanggil oleh rakan saya yang aktif dalam Sekretariat Melayu Muda untuk memulakan gerakan agar Pak Lah letak jawatan secepat mungkin.

Pemilihan UMNO juga akan berlaku pada hujung tahun yang sama.

Kami akan berjumpa di Hotel milik Tan Sri Sanusi Junid di Bangsar. Arwah merupakan perancang utama dalam misi ini.

Saya akan dipanggil dalam kumpulan Pemuda Umno. Ketika itu saya adalah Setiausah Pemuda (PSU) Umno Bahagian Bukit Bintang. 


Plan A adalah dengan meminta DS Najib untuk mengorak langkah dengan mengeluarkan kenyataan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno.

Perkara ini telah di bawa oleh Pegawai Khas DS Najib (ahli pemuda Bukit Bintang) kepada beliau. Maklum balas yang kami terima mengecewakan kami.

DS Najib dengan tegas mengatakan beliau tidak akan bertindak sedemikian. Selama beliau didalam Umno dan naik dalam heiraki kepimpinan Umno, prinsip yang  dia pegang ialah tidak akan menawarkan diri jika  tersebut masih ada penyandangnya. Dari Ketua Pemuda Ummo Malaysia, Naib Presiden Umno Timbalan Presiden Ummo, semua disandang dan bertanding selepas terdapat kekosongan.

"If I start doing this, it will never end. Someone after me will do the same once I'm at the helm".kata Najib.

Kumpulan kami amat kecewa. 

Pada masa itu saya tidak anggap DS Najib sebagai seorang berprinsip, tetapi merasakan dia bukan seorang pejuang dan tidak berani mengambil risiko.


Jadi Tan Sri Sanusi merancang pula "plan B", iaitu memilih pemimpin lain pula untuk menawarkan diri menentang Pak Lah sebagai Presiden UMNO.

Ketika itu saya berat hati untuk menyokong, tapi saya telah diberi kata-kata menyejukkan hati dari Tan Sri dan Mahathir , dan saya quote disini "no one can be worse than Pak Lah."

Pada satu hari saya dipanggil sekali lagi ke Bangsar dan saya lihat ramai rakan Pemuda saya ada disana. (Untuk makluman ketika itu ISA masih berkuatkuasa. Setiap kali kesana perasaan akan ditangkap ISA bermain di minda).

Tan Sri Sanusi pada malam itu telah membuat satu pengumuman. Bahawasanya, Mahathir telah menolak ketepi segala perselisihan faham dengan Ku Li selama ini.

Mahathir telah bertemu Ku Li di Cyber Lodge Hotel Cyberjaya dan bersetuju untuk menyokong Ku Li bertanding sebagai Presiden Umno. 



Kami telah diarahkan berkempen untuk Ku Li. Maka Ku Li lah bakal Presiden Umno. Pada saya, Ku Li pun Ku Li lah.

Pada malam itu jugalah Pak Lah telah memanggil DS Najib dan berbincang. Mungkin mereka telah mendengar sokongan Mahathir kepada Ku Li akan menyebab Pak Lah akan tewas Presiden Umno dan ia akan meranapkan harapan DS Najib menjadi Presiden Umno.

Maka, pelan peralihan kuasa telah dipersetujui antara mereka berdua dan diumumkan tarikh DS akan mengambil jawatan Perdana Menteri dan kemudian Presiden Umno.

Apa terjadi pada kami? 

Kami dibiarkan begitu sahaja. 

Ku Li? 

Ku Li pun dibiarkan terkontang kanting. Mahathir terus senyap.

Sampai sekarang saya tertanya, betul ke semasa Ku Li bertemu Mahathir, Mahathir berjanji akan sokong beliau jadi Presiden dan Perdana Menteri atau mereka berdua hanya berbual kosong.

Dan kami hanyalah bidak catur Mahathir.

Gambar dibawah?
"Once Bitten, Twice Shy."
(sekali terkena, terus beringat)