Kewujudan tugu logo Warisan depan bangunan kerajaan negeri Sabah dikecam ramai


KOTA KINABALU – Kecoh di media sosial dan juga di seluruh negeri Sabah tentang kewujudan tugu logo gergasi parti Warisan ala tugu yang betul-betul berhadapan di bangunan pusat pentadbiran kerajaan negeri Sabah.

Ianya juga berhampiran dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN).

Gambar logo Warisan yang sudah tular itu banyak mendapat kecaman netizen juga turut dimuatnaik oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mempersoal kewujudan tugu tersebut setelah memuatnaik gambar berkenaan.



“Bangunan apa ini? Inilah dia Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Hak milik rakyat negeri Sabah. Sabah ini Warisan punya atau rakyat punya?” soal bekas Perdana Menteri dalam Facebooknya.

Menurutnya, adalah amat membimbangkan bila dengar orang Pakatan Harapan dan Warisan kata, “Sabah kita punya” dan 26 September ini rakyat perlu bangkit.

“Sabah bangkit. Kita robohkan penghinaan terhadap rakyat ini.

"Kita kembalikan kegemilangan Sabah. Kita merakyatkan semula kerajaan Sabah.

“Kuasa di tangan rakyat bukan Warisan. Sabah ini rakyat punya bukan Warisan,” katanya.



Selain itu, ada juga netizen mempersoalkannya kerana beranggapan logo parti itu seperti melanggar peraturan kempen dan memohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjawabnya.

Malah ada netizen memohon supaya ia dialihkan kerana berpendapat tidak rasional mendirikan logo parti politik di bangunan pentadbiran negeri.

“Tadi sibuk tengah tengok orang pasang tugu peringatan di pusingan depan pusat pentadbiran negeri Sabah. Banyak duit juga duit diorang kan?  Btw duit bantuan Covid semua sudah dapatkah?Atau ini markas  untuk pilihanraya?,” soal netizen Zainald Zainuddin.



Bukan satu tindakan yang betul

Untuk Muhamad Shaleh Arrizabalaga pula ianya bukan satu tindakan yang betul.

“Setahu saya PPNS milik kerajaan negeri bukan milik parti tertentu.. apa rasional mereka mendirikan tugu parti mereka di sana?” soalnya.

Kata Mohd Sahril Kasim Hawar pula, perbuatan seperti ini tidak akan sesekali menambah nilai sokongan mahupun kekuatan kepada parti sebaliknya bangunan kerajaan diperlakukan seperti hak milik Warisan.

Mus’z Jj pula berpandangan ia sepatutnya itu tidak berlaku kerana menonjolkan ketamakan kuasa oleh Warisan.




Bagi Anthony Soueng pula, perbuatan itu tidak ada salahnya memandangkan ini ada negara bebas apatah lagi orang ‘bersalah’ di mahkamah itu sendiri boleh bebas.

Namun untuk Elvera Edward, ada baiknya jika bendera Sabah sahaja diletakkan di kawasan itu bagi memberi peringatan kepada rakyat Sabah bahawa ianya sentiasa milik mereka selamanya.

Kata Kuzara Mitch Noisyboy pula ianya tidak lebih daripada kempen pilihan raya.

“Kempen geng, kenapa tidak boleh? Lepas kempen cabut balik,” ujarnya.

-MalaysiaGazette

Bangunan apa ini? Inilah dia Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Hak milik rakyat negeri Sabah. Sabah ini...
Posted by Najib Razak on Monday, 14 September 2020

Join our Telegram Channel
Telegram


Kewujudan tugu logo Warisan depan bangunan kerajaan negeri Sabah dikecam ramai Kewujudan tugu logo Warisan depan bangunan kerajaan negeri Sabah dikecam ramai Reviewed by Tun Carlos on September 14, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. sabah pilipin punya kata penyokong tegar warisan dari kalangan pendatang tanpa izin dari pilipin.
    tidak lama lagi semua pendatang tanpa izin pilipin akan dapat ic dan boleh sudah mengundi.
    semua orang sabah tahu siapa sapihi bedal ayam adalah orang pilipin. dulu ramai jadi bodoh.. nah.!! sekarang baru sedar sapihi itu betul-betul orang pilipin sebab itu sapihi bermati-matian mahu bagi keistimewaan kepada pendatang tanpa izin dari pilipin.
    apabila warisan memerintah sabah perkara besar yang warisan buat adalah memberi pas keistimewaan kepada pendatang izin pilipin. sapihi dan warisan tidak buat apa-apa pun untuk memperbaiki sosio ekonomi rakyat tulen sabah.
    silaka kau sapihi warisan... kau memang pukimak sapihi... jahanamkau sapihi... kau pigi balik pilipin laa sapihi bedal ayam...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.