Menyesal undi Warisan, rakyat dilarang untuk mengharap bantuan dari Kerajaan



“Menyesal undi Warisan, apa yang dijanjikan tidak ditunaikan, tiada apa yang saya dapat, bahkan rakyat dilarang untuk mengharap bantuan daripada kerajaan”.

Itulah luahan salah seorang penyokong Parti Warisan Sabah yang mengakui dirinya tersalah pilih pada Pilihan Raya Umum kali ke-14 (PRU14) yang lalu.

Azbudi Mussali, 31, yang juga pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk nekad untuk beralih arah daripada Warisan dan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) yang jauh lebih baik dalam usaha membela nasib rakyat.

Azbudi Mussali


Sementara itu, Adi Hasma, 27, berkata, walaupun tidak berkesempatan mengundi pada PRU14 2 tahun yang lalu, namun kesan buruk kemenangan Pakatan Harapan turut dirasainya.

Menurut Adi yang juga berstatus bujang, semenjak PH mengambi alih tampuk kepimpinan BN, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk belia bujang tidak lagi dapat dinikmatinya.

Adi Asma

Adi kesal dengan tindakan taksub pengundi Warisan, PH dan berpendapat mereka tidak tahu bersyukur dengan apa yang telah dikecapi selama ini sehingga membawa kepada pertukaran kerajaan.

Katanya, PRN Sabah ini adalah satu peluang untuk memperbaiki kesilapan pengundi Warisan pada PRU14 untuk mengangkat semula BN sebagai sebuah kerajaan yang paling prihatin dalam membela nasib rakyat.

-BNnewsonline



Join our Telegram Channel
Telegram


Menyesal undi Warisan, rakyat dilarang untuk mengharap bantuan dari Kerajaan Menyesal undi Warisan, rakyat dilarang untuk mengharap bantuan dari Kerajaan Reviewed by Tun Carlos on September 15, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.