KJ hairan kenapa beliau sahaja dikecam penyokong Najib, bukan Ku Li


Bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau hanya menyampaikan pandangan ramai bahawa parti itu harus bergerak ke hadapan susulan keputusan bersalah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.

“Saya setia kepada parti. Saya cuma nyatakan perkara yang ramai sedang fikir cuma mungkin takut untuk sebut,” ujarnya seperti dilapor Utusan Online hari ini.

Beliau berkata, Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah juga melontarkan pendapat hampir sama, namun hanya beliau menjadi sasaran pengkritik dalam parti itu.


“Tengku Razaleigh cakap benda yang hampir sama. Yakni, minta pemimpin tertentu untuk memberi laluan. Tetapi beliau tidak dikecam macam saya.

"Mungkin mereka takut nak kecam atau perli Ku Li. Mesej sama tapi kerana KJ, pembawa mesej ditembak.

“Saya tidak kisah pembawa mesej ditembak, tapi kalau tidak menghiraukan mesej yang dibawa, Umno akan terus dipandang serong oleh rakyat,” katanya lagi.

Khairy sebelum ini berkata walaupun ahli parti itu berhak menyatakan sokongan terhadap Najib, namun ini adalah masa bagi Umno terus bergerak ke hadapan.


Susulan itu beliau menerima kritikan khususnya daripada kalangan penyokong Najib yang mendakwanya cuba menjadi 'hero' bagi menyelamatkan parti itu.

Terdahulu sebelum itu, Tengku Razaleigh menggesa Najib dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi agar memberi laluan kepada muka baru bagi menerajui parti itu.

Menurut Khairy, beliau tidak berniat bersikap biadab terhadap Najib apabila mengeluarkan kenyataan menggesa parti itu terus bergerak ke hadapan.






“Saya tiada niat untuk biadab terhadap Najib. Beliau ada hak untuk buat rayuan. Saya cuma mahu Umno pandang dan bergerak ke hadapan," jelasnya.

Tambahnya, beliau juga sedar kenyataan tersebut akan mengundang kecaman meskipun hanya 'menyampaikan kebenaran walaupun pahit'.

“Itu perkara biasa apabila kita sampaikan perkara yang benar tapi pahit,” katanya.

-MalaysiaKini




Join our Telegram Channel
Telegram


KJ hairan kenapa beliau sahaja dikecam penyokong Najib, bukan Ku Li KJ hairan kenapa beliau sahaja dikecam penyokong Najib, bukan Ku Li Reviewed by Tun Carlos on August 02, 2020 Rating: 5

4 comments:

  1. Apalah KJ fikir sgt pandangan serong dr pd lain atau pengundi kpd ummo, pas yg tak kena mengena pun kena.
    Yg betulnya dap & mahathir shj yg kepanasan, yg lain ok.

    ReplyDelete
  2. Sudahlah kj... Pendapat ramai mana yg kamu bawa.... Pendapat org2 kaya dan have2 mcm kamu? Atau pendapat akar umbi yg byk dibantu oleh DSN ketika jadi PM? Ubahlah cara kamu tu... Biar mengikut arus jgn menongkah arus kalau nak bergerak jauh. Kalau terus menongkah arus lebih baik kamu keluar dari UMNO dan ikut mana2 parti yg kamu suka. Jgn jadi si kitol dlm UMNO.

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya kj sejak kalah pru14 adakah umno bergerak kebelakang? Ke mana kamu selepas umno kalah pru14?sembunyi dlm gua? Malu? Sebaleknya kau mengkhianat umno dgn berbaik2 dgn musuh umno yg telah memfitnah dsn dan umno, dsn yg tetap setia dan syg kan umno bergerak kehadapan dan dgn sokongan rakyat yg telah tertipu dgn fitnah mahadir terhadap najib dan umno mula sedar dan bergerak kehadapan bersama2 dsn dan telah terbukti dsn lah yg berjuang sendirian dan berjaya memenangi beberapa prk yg lepas tapi kamu di mana? Sebok dgn pencaturan politik sendiri dan menenguk di air yg keruh shame on you saya nasihatkan kamu supaya berpendirian jelas dan tinggalkan umno utk mencuba nasib di tempat lain

    ReplyDelete
  4. Sudahlar..kat mana nko masa umno ditolak dulu.umno kalah pun salah satunya sbb nko yg gagal tarik golongan muda.nko buat prodramme urk glamourkan diri nko jer

    ReplyDelete

Powered by Blogger.