Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

FAKTA: Pertumbuhan ekonomi Sabah paling lembab di bawah Warisan


Dalam tempoh 8 tahun sebelum kerajaan Sabah bertukar tangan pada PRU14, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara.

Misalnya pada tahun 2017, kadar Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia.

Pada tahun 2016, Sabah mencatatkan pertumbuhan 4.7% berbanding kadar 4.2% untuk Malaysia.
Secara am, ekonomi Sabah telah berkembang pada kadar lebih pesat berbanding  purata untuk negeri-negeri lain sebelum parti Warisan mengambil alih.


Namun pada tahun 2018, kadar pertumbuhan Sabah jatuh ke 1.5% iaitu paling rendah antara SEMUA negeri-negeri dalam Malaysia, paling rendah sejak 10 tahun yang lalu dan lebih rendah berbanding kadar pertumbuhan 4.7% Malaysia.

Ini bermakna Sabah semakin ketinggalan dengan negeri-negeri lain bermula tahun 2018.


Jika kita perhatikan, kerajaan PH terdahulu dan kerajaan Warisan Sabah tidak pernah melancarkan dan melaksanakan pelan strategik yang wajar bagi pertumbuhan Sabah.


Projek-projek yang sedia ada dimansuhkan atau dilambatkan seperti Pan Borneo Sabah pada masa bantuan kepada Warga Sabah diturunkan.

Sebaliknya projek-projek baru bawah Warisan seperti empangan Papar RM3 bilion diberi kepada kroni syarikat terowong Pulau Pinang yang bertapak di semenanjung manakala projek untuk penyelenggaraan jalan berturap Sabah bernilai RM1.5 bilion pula diberi kepada 5 syarikat secara rundingan terus termasuk ke sebuah syarikat yang terlibat dengan rasuah Menteri Sabah Peter Anthony.

Itu antara sebab-sebab ekonomi Sabah dijangka semakin lembab di bawah Warisan.

sumber: FB Najib Razak