Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Warga Alor Setar buat laporan polis, bimbang wujud kluster Bersatu Blackout


Warga Alor Setar, Kedah bersama-sama Pemuda Umno Alor Setar hari ini membuat laporan polis berhubung perhimpunan kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Bersatu Blackout' di sebuah hotel di Alor Setar pada 18 Julai lepas.

"Kita meminta polis menyiasat penganjur himpunan itu kerana menerusi foto- foto yang disebarkan menerusi pelbagai platform, amalan penjarakan sosial tidak diamalkan ketika perhimpunan berkenaan.

"Kita bimbang akibat kegagalan penjarakan sosial itu akan berlaku jangkitan Covid-19 kluster Bersatu Blackout," kata ketuanya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri.




Tindakan itu diambil beberapa jam selepas penyokong Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap penyokong bekas perdana menteri, Najib Razak kerana berhimpun di mahkamah semalam.

Bersatu Blackout merupakan kumpulan diketuai Dr Mahathir Mohamad yang ditubuhkan selepas disingkirkan daripada Bersatu yang kini dikuasai Presidennya, Muhyiddin Yassin.

Syed Mohd Johan berkata, menerusi foto, ada penyokong Bersatu Blackout  tidak memakai pelitup muka dan berhimpit antara mereka tanpa melakukan penjarakan sosial.


"Sebagai warga Alor Setar kami bimbang akibat kegagalan penganjur mematuhi penjarakan sosial, kami, keluarga dan rakan-rakan serta ramai lagi orang berisiko  dijangkiti.

"Pemuda Umno Alor Setar berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan segera dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak," katanya.

Terdahulu hari ini Pemuda PH membuat satu laporan polis susulan perhimpunan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Laporan tersebut dibuat berikutan penyokong Najib didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP). -MalaysiaKini