Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Shafie umum bubar DUN Sabah


Kuala Lumpur – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Afdal mengumumkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau berkata demikian melalui satu sidang akhbar tergempar yang diadakan sebentar tadi.

Shafie berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ketika mengadakan perjumpaan lewat malam tadi.



Menurut Shafie sebagai seorang ketua menteri beliau mempunyai kuasa untuk mencadangkan kepada Tuan Yang Terutama bagi membubarkan DUN.

Bagaimanapun terserah kepada budi bicara Tuan Yang Terutama untuk menerima cadangan tersebut atau sebaliknya.

Sementara itu belas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijadualkan akan turut mengadakan satu sidang akhbar di kediamannya di Kota Kinabalu pada 12 tengah hari nanti.



Terdahulu, Musa ketika mengadakan sidang media di kediamannya di Luyang, Kota Kinabalu, mendakwa memiliki majoriti sekaligus mengantikan kerajaan pimpinan Shafie.

Pada sidang media itu turut kelihatan beberapa Adun Warisan hadir yang menyatakan sokongan kepada Musa.

Tambah Musa, kumpulan yang diketuainya akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan ADUN yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat.



Untuk rekod, Dun Sabah terdiri daripada 60 kerusi wakil rakyat.

Lima lagi merupakan kerusi Adun dilantik.

Bagaimanapun difahamkan bahawa Adun dilantik tidak dapat menentukan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri. – SuaraTV