22 bulan tak buat apa-apa, Ahli Parlimen PH desak Kerajaan tangkap Jho Low

Shamsul Iskandar berkerut muka, dipercayai buasir akibat terlebih makan Super Ring

PARLIMEN | Selain ahli parlimen dari Pakatan Harapan, Ahmad Maslan (BN-Pontian) turut bersetuju supaya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB segera ditangkap.

Semasa Shamsul Iskandar Md Akin (PH-Hang Tuah Jaya) berbahas dan menyentuh keputusan mahkamah Najib Razak dan perlunya Jho Low ditangkap, Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangkit mencelah.

“Bukan Jho Low saja. Ada beberapa orang lagi yang lari, pelbagai bangsa lari akibat daripada menipu (mereka) pun lari.


“Yang Melayu pun ada, Nik Faisal Arif Kamil (Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd) misalnya dan beberapa orang lagi yang lari.. bukan hanya Jho Low.

“Jadi, semua tu sepatutnya kena bawa balik Malaysia, tangkap dan pastikan mereka nyatakan apa yang benar,” kata Ahmad.

Semalam, bekas perdana menteri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan setiap tiga kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun dalam kes menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.


Terdahulu, Shamsul Iskandar dalam sesi perbahasannya di hari ini meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengambil perhatian berhubung permintaan menangkap Jho Low - atau nama sebenarnya Low Thaek Jho - secepat mungkin.

“Sekarang, bekas perdana menteri (Najib) dah kena (dijatuhkan hukuman), yang belum kena lagi ni Jho Low.

“Sampai hari ini, inilah (Jho Low) tok dalang nombor wahid (satu) yang belum lagi kerajaan tangkap atau bekerjasama dengan mana-mana badan dunia, yang telah mengkhianati negara ini dengan merompak hasil kekayaan negara dan rakyat,” katanya sebelum ucapannya dicelah oleh Ahmad.

Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) turut menyebut laporan berita dari Utusan Malaysia hari ini yang memetik Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador sebagai berkata, pihak berkuasa Malaysia percaya Jho Low kini berada di Macau.



Ahmad meminta pendapat Shamsul Iskandar tentang kerjasama di antara Malaysia dan China untuk memastikan individu yang mengakibatkan insiden merosakkan imej negara dibawa pulang ke negara ini untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Shamsul Iskandar yang mengakui kenyataan Fahmi itu berkata, negara perlu mempunyai kesungguhan politik untuk mendakwa mereka yang melakukan jenayah rasuah.

Untuk rekod, semasa PH menjadi kerajaan, mereka langsung tidak bersungguh-sungguh mencari dan membawa pulang Jho Lho dengan pelbagai alasan seperti susuh untuk mengenalinya kerana telah melakukan surgeri menukar muka menjadi beruang dan sebagainya.

-MalaysiaKini/TunCalos

Join our Telegram Channel
Telegram


22 bulan tak buat apa-apa, Ahli Parlimen PH desak Kerajaan tangkap Jho Low 22 bulan tak buat apa-apa, Ahli Parlimen PH desak Kerajaan tangkap Jho Low Reviewed by Tun Carlos on July 30, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.