Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tuntutan cukai PH ke atas Najib kejam, mahkamah cadang Najib selesaikan rayuan menerusi Suruhanjaya Khas


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Razak perlu selesaikan rayuan tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada LHDN menerusi Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan.

Ia berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan penghakiman terus berhubung saman dikemukakan terhadap bekas perdana menteri itu bagi menuntut jumlah tunggakan berkenaan.

Ia bermakna permohonan LHDN supaya Najib membayar tunggakan cukai pendapatan itu tidak perlu dibicarakan di mahkamah lagi.

Penjelasan hakim tentang keputusannya hari ini dalam kes tuntutan cukai RM1.7 bilion yang dikenakan oleh kerajaan PH dahulu ke atas Najib jelas membuktikan penyalahgunaan kuasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) semasa mereka kerajaan untuk menganiaya bekas Perdana Menteri itu.



Dasar yang tidak betul dan kejam

"Manurut Hakim, dasar "pay first, talk later" (bayar dulu, bincang kemudian) undang-undang LHDN tanpa mengira jika cukai itu patut, tersalah kira atau langsung tak betul adalah kejam tetapi ini adalah akta Cukai dan mahkamah tiada kuasa untuk pertikaikan, ubah atau hentikan tuntutan LHDN."dedah  Najib di Facebook beliau sejurus perkembangan terbaru itu.

Mengikut Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan, mahkamah tidak boleh memenuhi permohonan Najib selaku defendan untuk mendengar rayuan bagi jumlah tunggakan yang dipertikaikan itu.

Bagaimanapun menurut mahkamah, Najib masih boleh mengemukakan rayuan berhubung jumlah yang dipertikaikan itu kepada Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan.



Hanya Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan adalah jalan seterusnya bagi Najib untuk mansuhkan tuntutan tidak berasas kerajaan PH dahulu.

Pada 25 Jun tahun lalu, kerajaan Pakatan Harapan memfailkan saman terhadap Najib bagi menuntut bekas perdana menteri itu membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan LHDN yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

Kerajaan selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi LHDN pada 25 Jun lalu dengan menamakan Najib selaku defendan tunggal.

Najib dakwa Guan Eng dan Tony Pua salahguna kuasa Akta untuk zalimi beliau dan BN

"Pada masa tuntutan cukai ke atas saya dan keluarga saya dikenakan juga merupakan masa Tony Pua dan Guan Eng bermaharajalela dan banyak menyalah gunakan kuasa (saman saya jika berani) untuk mengenakan saya dan orang BN." ujar Najib

Akta Cukai Pendapatan 1967:
"Section 106 (3): In any proceedings under this section the court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased."

"Sebab itu (melalui Akta di atas) , kerajaan PH dahulu boleh kenakan tuntutan dan penalti cukai sebanyak RM1.7 bilion ke atas saya untuk wang yang disebut RM2.6 bilion walaupun ianya jelas wang tersebut telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas ianya diterima manakala RM632 juta adalah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi yang merupakan dana sumbangan asing yang tidak patut dikenakan cukai."

"Tapi apalah nasib kita jika kuasa di bawah undang-undang cukai negara telah disalahguna oleh Guan Eng dan gengnya untuk mengenakan kita supaya mereka boleh memainkan propaganda untuk menipu mereka yang kurang faham akta dan proses tuntutan cukai?"

"Kebenaran akan dibuktikan akhirnya apabila kita menghadap panel rayuan Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatanhari nanti."ujar Najib

-Tun Carlos

Penjelasan hakim tentang keputusannya hari ini dalam kes tuntutan cukai RM1.7 bilion yang dikenakan oleh kerajaan PH...
Posted by Najib Razak on Wednesday, 22 July 2020