Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bawa sabit cari isteri, suami youtuber Sugu Pavithra ditahan lokap 3 hari


IPOH: Suami kepada Youtuber yang terkenal dengan program masakan, dikenakan perintah reman selama tiga hari mulai hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana disyaki mendera isterinya.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Nabihah Mohd Noor.

Lelaki yang memakai pakaian berwarna ungu dan digari itu, dibawa dengan van polis ke Mahkamah Majistret, kira-kira jam 10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki terbabit.


"Polis masih menyiasat kejadian ini yang kita percaya berlaku kerana masalah dalaman keluarga," katanya.

Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 5.54 petang, suspek berusia 29 tahun dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari isteri dan adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.

Perselisihan terbabit berlanjutan sehingga suspek datang ke hospital dan dalam keadaan marah telah memukul isterinya berusia 28 tahun di pekarangan hospital berkenaan.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan petang semalam di lokasi kejadian mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 akta yang sama atas kesalahan ugutan jenayah.

Polis mendapatkan tahanan reman ke atas suspek selama tiga hari, bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958. -SinarHarian