Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tujuh jam kena soal siasat SPRM, Guan Eng elak jawab soalan media

Guan Eng dan Rayer dipercayai sedang baca Faceboook Najib selepas keluar dari SPRM

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng meninggalkan ibu pejabat SPRM selepas lebih tujuh jam tiba disoal siasat mengenai skandal RM6.3 billion projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

Lim ditemani oleh peguam RSN Rayer yang juga ahli parlimen Jelutong ketika dia berjalan keluar dari bangunan menuju kenderaan sebelum meninggalkan kawasan bangunan SPRM.

Kedua-dua mereka tidak berhenti untuk menjawab soalan media yang menunggu di pintu masuk.



Lim yang juga setiausaha agung DAP diberitakan telah tiba lewat iaitu sekitar jam 12:30 di ibu pejabat SPRM untuk disoal siasat kerana alasan tayar kereta pancit.

Kali terakhir beliau hadir memberi kenyataan dalam kes yang sama adalah tiga hari yang lalu.

Terowong bawah laut ilham Guan Eng ini dikatakan sebuah terowong sepanjang 7.2 km yang menghubungkan George Town di Pulau Pinang dengan Butterworth - yang didakwa sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang dirancang sejak tahun 2011, tapi telah memakan modal sehingga ratusan juta hanya semata-mata untuk kajian kes sahaja.

SPRM pertama kali memulakan siasatan terhadap projek itu pada Januari 2018 selepas itu dihentikan siasatan setelah Lim Guan Eng yang didakwa terlibat dalam projek ini telah dilantik menjadi Menteri Kewangan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan selepas gabungan itu menang dalam PRU14.

Peguam negara lantikan PH pada ketika itu iaitu Tommy Thomas didakwa telah menyalahguna kuasa memansuhkan kes terowong ini sehingga menyebabkan satu negara terkejut termasuk pihak SPRM.

Artikel Berkaitan:

-Isu terowong: SPRM gempur pejabat kerajaan Penang

-SPRM tahan seorang pegawai negeri untuk siasatan kes terowong 

[Berita lanjut menyusul]