Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Covid-19: Kes positif catat dua angka lagi hari ini


Sebanyak 23 lagi kes baru Covid-19 dilapor setakat jam 12 tengah hari tadi, yang menyaksikan hari ketiga-tiga berturut-turut jumlah kes positif merekodkan lebih 20 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya memaklumkan daripada jumlah itu, 17 kes merupakan penularan dalam negara, manakala enam kes adalah kes import.

Daripada 17 kes penularan dalam negara, 10 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tujuh kes adalah di kalangan bukan warganegara.


Kes import pula membabitkan empat warganegara dan dua bukan warganegara yang masuk dari Singapura (3 kes), Indonesia (1 kes), Filipina (1 kes) dan Rusia (1 kes).

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara membabitkan satu kes di Wilayah Persekutuan, dua kes di Selangor dan empat kes di Johor.

Kes penularan dalam negara di kalangan warganegara pula membabitkan dua kes di Johor dan lapan kes di Sarawak.

Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 167 kes, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 8,884 kes.

Terdapat tiga kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

-KKM