Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan, tapi masih mahu sokong PN


Surat perletakan jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Shahruddin Md Salleh mulai tular sejak petang ini.

Surat yang bertarikh 4 Jun 2020 itu menyatakan bahawa beliau mengumumkan perletakkan jawatannya berkuatkuasa dari tarikh surat tersebut.

Shahruddin yang juga ahli parlimen Sri Gading mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin yang telah memberi peluang kepadanya untuk berada di dalam berisan kabinet Perikatan Nasional.


Perletakan jawatan ini bukan disebabkan beliau mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Beliau menjelaskan masih lagi kekal menyokong Perikatan Nasional.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Shahruddin ingin meletakkan jawatan kerana alasannya yang telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat, iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading telah memilih parti Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)." menurut laporan sebelum ini.

-Tun Carlos