Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes SRC: Pendakwaraya gagal buktikan Najib arahkan RM42juta masuk ke dalam akaunnya



Sesi penggulungan SRC bersambung jam 2:30 petang setelah mahkamah berehat selama 2 jam.

Tan Sri Shafee Abdullah menyambung penggulungan beliau dengan beberapa fakta. Antaranya:

1. Adalah tidak munasabah dalam sesebuah kes rasuah, RM4 billion dihantar ke luar negara, kemudian DS Najib Razak meminta membawa kembali RM42 juta dan dimasukkan kedalam akaun peribadinya.

2. Untuk menggambarkan betapa tidak logiknya kes rasuah ini, beliau telah merujuk kes rasuah di seluruh dunia, dan tiada satu pun kes sebegini pernah berlaku.



3. Didalam kes rasuah, mestilah pelaku mempunyai personal benefit atau interest, tetapi pendakwaraya tidak dapat membuktikan Najib mempunyai personal interest dalam kes ini.

4. Sebagai seorang yang berkuasa ketika itu dan dikatakan menguasai SRC secara total, Najib tidak perlu menunggu sehingga 3 tahun untuk mendapat manfaat RM42 juta. Beliau "sepatutnya" mendapat duit itu in advanced setelah pinjaman RM4 billion tersebut lulus, barulah logik untuk mengatakan ia kes rasuah.



5. Pasukan pendakwaan turut gagal membuktikan bahawa Najib mengarahkan duit RM42 juta dimasukkan ke dalam akaunnya.

6. Pasukan pendakwaan juga tidak dapat membuktikan bahawa Najib mempengaruhi jemaah kabinet untuk meluluskan pinjaman jaminan keraajan dari KWAP berjumlah RM4 billion kepada SRC.

Prosiding bersambung esok jam 9:30 pagi.

sumber: RF Lias