Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Semua guru diminta bersedia kembali bertugas


KUALA LUMPUR – Semua guru dikehendaki berada di kawasan bertugas masing-masing dan bersedia untuk berkhidmat setelah tamat cuti pertengahan tahun.

Arahan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) merangkap Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, Adzman Talib.


Dalam satu pemakluman, beliau berkata, semua guru diminta berbuat demikian pad 7 Jun ini bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A dan 8 Jun ini bagi sekolah dalam negeri Kumpulan B.

“Surat arahan kepada guru kembali ke tempat bertugas boleh dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing untuk memaklumkan kepada guru berkenaan bahawa mereka perlu kembali ke tempat bertugas,” kata Adzman.- MalaysiaGazette