Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ahmad Zulqarnain Onn, CEO baru PNB


KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Bhd (PNB) melantik Ahmad Zulqarnain Onn sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, berkuat kuasa 1 Julai 2020 bagi menggantikan Jalil Rasheed yang baru saja meletakkan jawatan baru-baru ini atas alasan sering diganggu dengan nombor telefon yang tidak dikenali dan juga email digodam.

Sebelum ini, Ahmad Zulqarnain adalah Timbalan Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah).

Beliau dilantik sebagai salah seorang daripada dua Timbalan Pengarah Urusan pada 2018 dan bertanggungjawab ke atas pelaburan strategik serta pengurusan pegangan strategik Khazanah dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


Selain itu, beliau juga mengetuai pasukan strategi korporat di Khazanah.

Ahmad Zulqarnain mempunyai pengalaman lebih 23 tahun dalam sektor perkhidmatan kewangan serta korporat.

PNB dalam kenyataannya berkata, berdasarkan semua keperluan yang ditetapkan, ia menerima semua kelulusan yang diperlukan bagi pelantikan Presiden dan CEO yang baharu, termasuk di peringkat Yayasan Pelaburan Bumiputra, Lembaga Pengarah PNB dan juga daripada pihak badan kawal selia.

"Sehubungan itu, Lembaga Pengarah PNB mengalu-alukan Ahmad Zulqarnain sebagai sebahagian daripada pasukan yang akan memacu PNB menjadi sebuah institusi pelaburan tersendiri bertaraf dunia," katanya. -Berita Harian