Syed Saddiq bakal dipanggil SPRM, simpan banyak wang kertas meragukan di rumah



AGENSI anti rasuah Malaysia membuka kertas siasatan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas bekas menteri itu semalam membuat laporan polis mengenai kehilangan wang tunai RM250,000 yang disimpan di dalam peti besi rumahnya.

Tindakan bekas Menteri itu akhirnya menyusahkan dirinya sendiri apa orang ramai mula mempersoalkan tentang jumlah wang yang disimpan di dalam rumahnya itu setelah Buletin TV3 melaporkan bahawa duit itu adalah milik parti PPBM.




Syed Saddiq mendesak Buletin TV3 meminta maaf kepadanya kerana melaporkan duit yang hilang itu adalah duit PPBM. Akhirnya Buletin TV3 telah memohon maaf.

Sebaliknya, sejurus lepas itu laporan terhadap SPRM dibuat setelah ramai yang meragui tentang pemilikan wang milik beliau sendiri yang sebegitu banyak.

Siasatan dibuka selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima aduan berhubung mengenai wang tersebut yang dilaporkan sebagai “pemilikan yang meragukan”.

-Tun Carlos





Join our Telegram Channel
Telegram


Syed Saddiq bakal dipanggil SPRM, simpan banyak wang kertas meragukan di rumah Syed Saddiq bakal dipanggil SPRM, simpan banyak wang kertas meragukan di rumah Reviewed by Tun Carlos on March 31, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.