Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib mohon pencuri pulangkan semula RM250,000 ke rumah Syed Saddiq


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak meminta pencuri yang mencuri duit di rumah Syed Saddiq agar segera memulangkan duit tersebut.

"Siapa curi duit dari rumah dia?

"Pulangkan RM250,000 tunai itu

"Bagi balik dekat rumah dia please." ujar Najib di Facebook.




Tengahari tadi, bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq telah memuat naik Laporan Polis di twitternya setelah melaporkan kehilangan wang tunai dianggarkan bernilai RM250,000 yang disimpan dalam peti besi simpanan di kediamannya dekat Petaling Jaya di sini.

Buletin TV3 melaporkan  wang tersebut yang didakwa milik parti PPBM disedari hilang  oleh Ahli Parlimen Muar itu  kira-kira jam 7 malam ketika memeriksa peti besi simpanan di tingkat atas kediamannya.

Tetapi setelah dipersoal di dalam group Whatsapp Ketua Armada Se-Malaysia kenapa duit parti boleh berada di dalam rumah beliau, Syed Saddiq terus menafikan yang duit tersebut adalah dari PPBM.



DI twitter, beliau mendakwa Buletin Utama telah salah lapor dan meminta pihak TV3 meminta maaf.




Ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal ketika mengesahkan perkata tersebut berkata pihaknya telah menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Difahamkan, kata laluan peti besi itu hanya diketahui oleh Syed Saddiq seorang.

Berita laporan mengenai kehilangan RM250,000 ini telah membuatkan Syed Saddiq dalam masalah kerana ramai mula mempersoal bagaimana beliau mempunyai duit sebanyak itu di rumah dan kenapa tidak simpan sahaja di dalam bank?

Syed Saddiq meminta orang ramai tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai wang tersebut.

Perkara itu telah mendapat perhatian dari DS Najib Razak sehingga beliau memuatnaik status di Facebook merayu pencuri memulangkan semula duit tersebut di rumah Syed Saddiq

BACA: Lapisan ozon semakin pulih kesan dari koronavirus



-Tun Carlos