Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kami fikir akan ada tsunami dalam gelombang ketiga Covid19 -Noor Hisham


Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini merupakan sebahagian daripada persediaan menghadapi gelombang ketiga.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini berikutan jumlah besar rakyat Malaysia bercuti ke luar negara semasa tempoh cuti sekolah awal bulan ini.

"Kami menjalankan PKP ini sebagai persiapan untuk ekspektasi kami, di mana tiga minggu lalu kami fikir akan ada gelombang ketiga, atau apa yang kami panggil tsunami," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.




Menurutnya, pihak berkuasa kesihatan mendapati ramai rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk bercuti sepanjang tempoh itu, termasuk ke Jepun dan Korea.

Ini katanya walaupun negara-negara berkenaan dikenal pasti sebagai berisiko tinggi untuk dilawati bersama Itali dan Iran.

Beliau mendedahkan terdapat juga kementerian memberi kelulusan kepada 8,000 kakitangannya untuk bercuti di luar negara ketika.

Untuk rekod pada ketika itu negara sedang dilanda kamelut politik antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim yang sedang berebut kuasa Perdana Menteri.




Akhirnya Muhyiddin dipilih menjadi Perdana Menteri baru pada 29 Februari setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen. Muhyiddin mengumumkan kabinet barunya pada 9 Mac 2020.

Oleh kerana ada jurang selama hapir 2 minggu ketika kamelut politik berlaku setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri sehingga Kabinet baru dibentuk, sudah tentu ada kes yang tidak dapat dikesan dan terlepas pandang dalam tempoh itu.

Doakan semua rakyat dapat patuh kepada perintah Kuarantin dan PKP agar rangkaian jangkitan virus ini akan terputus sepenuhnya.

BACA: Jumlah terkini Covid-19

-Tun Carlos