Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bekas Bakal PM Ke-8 gembira dengan pengumuman Muhyiddin



Secara keseluruhannya bekas Bakal Perdana Mennteri Ke-8, Anwar Ibrahim berkata beliau gembira dengan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bekiau yang juga Presiden PKR juga tidak mahu agihan bantuan yang diumumkan kerajaan dilakukan orang politik ataupun "perompak" kerana khuatir akan berlaku ketirisan.

"Kita harus teliti peringkat pelaksanaan, apakah pelaksanaan itu tidak mengalami ketirisan dan kebocoran.




"Jangan diserahkan (pelaksanaan) kepada orang-orang politik atau pegawai yang mempunyai rekod yang buruk mencuri dan merompak," katanya mengulas pembentangan pakej ransangan ekonomi diumumkan petang tadi.

Tambah Anwar, beliau bersyukur kerana pakej rangsangan itu dilihat menyeluruh, namun harus diteliti kerana mungkin ada yang tercicir.

Oleh itu, Anwar berkata sewajarnya pakej ransangan ini dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan disokong serta ditambah baik bagi mengangkat ekonomi negara.




Katanya, walaupun Muhyiddin menjelaskan bahawa kerajaan yang ada ini tidak dipilih rakyat, namun memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya.

"Di negara demokratik, Korea, Jepun, Australia dia serahkan juga belanjawan ini untuk dibahas dan diawasi di Parlimen supaya ada kebertanggungjawaban.

"Sekarang ini bila tambah RM25 bilion, dari mana sumber? Bagaimana boleh bayar hutang, bagaimana boleh diperinci pelaksanaanya.

"Saya syor perdana menteri beri pertimbangan serius, beri ruang kepada semua pihak untuk bahas dan beri sokongan dengan maksud memperbaiki," katanya.




Mengulas lanjut, Anwar menganggap satu kelemahan jelas apabila penangguhan bayaran balik pinjaman dibuat, namun kadar faedah masih dikenakan.

Oleh itu beliau menyeru Bank Negara (BNM) supaya mengkaji semula langkah itu agar kadar faedah dapat diketepikan

"Saya anggap satu kelemahan besar kerana kadar faedah dikenakan, maknanya orang tidak ada meniaga, tak ada keuntungan, melalui kerugian, cukup enam bulan kena bayar balik hutang dengan faedah, ini harus diteliti semula oleh BNM," katanya.

BACA: Pakej ransangan ekonomi manfaatkan semua golongan

-Tun Carlos