Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mengejutkan, Kerajaan tambah hutang RM23.5 billion sejak 1 Januari 2020



KUALA LUMPUR. Hari ini baru 18 Febuari, belum habis lagi bulan Febuari. Tapi Kerajaan PH berhutang lagi sebanyak RM23.5 bilion dalam tempoh 1 Jan 2020 hingga 18 Feb 2020.

Ya, tak sampai 2 bulan, sudah berhutang sebanyak itu. Satu sen pun tak dibayar balik lagi.

Selalu negara berhutang untuk pelaburan dan pembangunan. Dulu Kerajaan BN berhutang adalah untuk pembangunan dan pelaburan seperti aset-aset 1MDB, Bandar Malaysia dan sebagainya. Tapi Kerajaan PH berhutang, tak nampak pun pembangunan dan pelaburan mereka.

Yang rakyat selalu dengar setiap hari, habis semua aset-aset nak dijualnya.




Agak ironi kerana dahulu pemimpin-pemimpin PH dilihat seperti anti hutang. Tetapi bila dah jadi kerajaan, lain pula jadinya.

Tambah hutang untuk offset hutang 1MDB?

Tambah hutang untuk bayar hutang 1MDB? Perkara in itidak berlaku kerana hutang 1MDB pun belum habis dibayar.

1MDB baru saja bayar bunga sahaja. Ya, 1MDB yang bayar, bukannya Kerajaan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng sahkan bayaran bunga 1MDB dibayar dengan menggunakan aset 1MDB yang dicairkan. Maknanya, duit rakyat 1 sen pun tidak digunakan untuk bayar hutang 1MDB.

Syarikat 1MDB itu sendiri yang bayar guna duit dari keuntungan pelaburan-pelaburan aset mereka yang dibuat semasa zaman BN.




Berikut adalah rekod hutang-hutang yang baru dipinjam oleh Kerajaan di bawah Tun Dr Mahathir untuk tahun 2020 sahaja. (tak termasuk tahun 2018 dan 2019)

3 Jan: Pinjam RM3.5b

7 Jan: Pinjam RM1b

10 Jan: Pinjam RM3.5b

22 Jan: Pinjam RM3b

Data hutang baru Kerajaan 


31 Jan: pinjam RM4b

11 Feb: Pinjam RM4b.

14 Feb: Pinjam RM0.5b

18 Feb (hari ini): Pinjam RM4b. Bayar balik tahun 2024.




Menteri-Menteri PH kata ekonomi negara makin meningkat dan bagus. Kalau meningkat kenapa sampai perlu berhutang banyak-banyak macam tu?

Nak genapkan sampai RM1 Trillion ke?

-Tun Carlos