Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Cara menangani serangan jantung ketika berseorangan diri


Kematian secara mengejut dalam kalangan individu aktif bersukan mungkin berita memeranjatkan kerana masalah jantung sering dikaitkan dengan tabiat tertentu seperti tidak bersenam atau menjaga makan.

Hakikatnya serangan jantung atau penyakit kardiovaskular boleh berlaku sekiranya individu tidak mengambil berat kesihatan termasuk menjalani pemeriksaan secara berkala.

Penyakit tiga serangkai, iaitu darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi adalah ‘pelaku’ sebenar yang mendorong kepada masalah jantung tanpa disedari.

Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok dan faktor di luar kawalan seperti keturunan turut menyumbang masalah itu.




Ada sesetengah individu rajin bersukan dan bersenam tetapi tidak tahu mereka mempunyai kadar gula tinggi dalam darah, tekanan darah atau kolesterol tinggi kerana tidak pernah menjalani pemeriksaan.

Kesannya dalam diam mereka mengalami komplikasi akibatnya termasuk serangan jantung secara tibatiba yang membawa maut.

Menurut pakar, empat daripada lima individu tidak menyedari mereka mengalami kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Gejala sakit jantung membabitkan sakit dada sama ada di bahagian tengah atau kiri dada, iaitu dada terasa berat seolah-olah ditekan atau dicengkam.




Cara menyelamatkan diri daripada serangan jantung ketika seorang diri.

Serangan jantung berlaku dalam bila-bila masa sahaja. Tak kira ketika anda bersukan, memandu, makan, dan juga ketika tidur. Paling bahaya jika ia berlaku ketika kita berseorangan.

Kebanyakan mereka yang kena serangan jantung tidak menerima sebarang bantuan dan mula rasa nak pengsan. Di saat ini anda mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.

1: Batuk sekuat mungkin.

Anda boleh membantu diri sendiri dengan BATUK SEKUAT mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselang selikan dengan menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada.

2: Bernafas panjang

Bernafas panjang dalam-dalam sehingga terbatuk dan hendaklah diulangi setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dapat bernafas seperti sediakala.

Bernafas panjang akan membantu memasukkan oksigen ke dalam jantung dan apabila terbatuk ia secara langsung membantu mengepam jantung dan memulihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung seperti sediakala.


3: Dapatkan pertolongan segera

Dapatkan pertolongan segera dari sesiapa yang berdekatan bagi membolehkan anda selamat tiba ke hospital.

Apapun, kita seharusnya jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui kadar gula dan kolestrol dalam badan kita.

Sebarkan seluasnya tips ini. In Sha Allah ia akan dpt membantu menyelamatkan nyawa.

Sumber: info dari pakar kardiologi.

-Tun Carlos