Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerajaan PH batalkan cukai jualan arak dan penalti lebih RM40 juta terhadap Carlsberg dan Heineken



PETALING JAYA: Satu notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM22.16 juta yang dikeluarkan oleh Kastam Malaysia kepada Heineken (M) Bhd telah dibatalkan, lapor The Edge Markets.

Syarikat itu berkata ia menerima surat, bertarikh 3 Feb yang membatalkan notis tuntutan berkenaan pada, 17 Feb lepas.

Dalam pemfailan hari ini, Heineken berkata tuntutan itu adalah untuk cukai jualan antara 1 Julai 2012 hingga 31 Oktober 2013.

Laporan itu menambah bahawa terdapat satu lagi notis tuntutan berjumlah RM34.17 juta untuk duti eksais dari 28 Ogos 2012 hingga 31 Oktober 2013 kekal tidak berubah. Walaupun begitu, syarikat itu berkata ia mempunyai alasan kukuh untuk menolak asas tuntutan tersebut.




Pembatalan notis tuntutan cukai terhadap Carlsberg

Sebelum ini, Jabatan Kastam Selangor juga telah membatalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM20.65 juta yang dikeluarkan kepada pengeluar arak Carlsberg Brewery Malaysia.

Carlsberg mengesahkan pembatalan tuntutan cukai jualan berjumlah RM13.76 juta dan penalti sebanyak RM6.88 juta bagi tempoh 1 Julai 2011 hingga 14 Januari 2014 dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia.

Carlsberg dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia semalam berkata, ia menerima surat daripada pengarah Jabatan Kastam Selangor kelmarin berhubung perkara itu.

Pembatalan notis tuntutan cukai jualan berjumlah RM13.76 juta dan penalti RM6.88 juta bagi 1 Julai 2011 hingga 14 Jan 2014 itu berkuat kuasa 15 Jan lalu.

Pada September 2014, Carlsberg dilaporkan berkata, Jabatan Kastam di bawah Barisan Nasional telah menuntut duti eksais berjumlah RM35.7 juta, cukai jualan sebanyak RM13.76 juta dan penalti RM6.88 juta mulai 1 Julai 2011 hingga 14 Jan 2014. Syarikat itu bagaimanapun menolak liabiliti ke atas tuntutan itu dan akan mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

Ini ialah berita baik ke-2 bagi Carlsberg selepas syarikat itu dilaporkan akan disenaraikan dalam Indeks Standard Global MSCI mulai 28 Febuari ini.




Carlsberg dan Heinekan telah dikecualikan duti eksais arak pada Oktober tahun lepas

Menurut laporan The Edge, pada 14 Oktober 2019, kedua syarikat arak ini telah dikecualikan duti eksais arak.

Lanjutan dari pengumuman itu, saham Heineken Malaysia naik 1.24% atau 30 sen kepada RM24.54 manakala saham Carlsberg menambah 0.8% atau 22 sen kepada RM27.60 pada ketika itu.

Pada 11 Oktober 2019, Heineken Malaysia memuji kerajaan Pakatan Harapan kerana langkah untuk tidak meningkatkan duti eksais ke atas minuman keras serta cukai jualan dan perkhidmatan.

"Kami mengalu-alukan pendekatan Kerajaan untuk tidak meningkatkan lagi duti eksais dan terus menunjukkan komitmennya untuk mewujudkan Malaysia yang progresif dan lebih makmur untuk semua," kata Pengarah Urusan Heineken Malaysia, Roland Bala dalam satu kenyataan selepas Pengumuman Belanjawan 2020 oleh Lim Guan Eng pada ketika itu.

Bala menegaskan bahawa cukai di bir di Malaysia sudah menjadi antara yang tertinggi di dunia, mengakibatkan jurang yang besar antara tugas yang dibayar dan tugas tidak dibayar bir dan stout.




Tindakan Kerajaan PH yang dilihat amat mesra terhadap industri minuman keras ini dilihat berbeza daripada apa ang diperjuangkan mereka sebelum menjadi kerajaan dulu.

Menteri Wilayah, Khalid Samad adalah pejuang utama pada ketika dulu mendesak Kerajaan BN untuk menutup kilang Carlsberg. Tetapi hari ini beliau telah mempunyai pendangan yang berbeza,

Apapun, diharap dengan keputusan bijak kerajaan ini, tiada lagi lah pemandu mabuk yang melanggar orang awam yang tidak berdosa.

-Tun Carlos