Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pertukaran Kerajaan: Semua media kini tertumpu kepada Istana Negara



PETALING JAYA: Menurut laporan pemberita,beberapa menteri telah mengosongkan jadual minggu depan mereka, sementara yang lain mengemas meja di kementerian masing-masing susulan jangkaan akan berlakunya rombakan besar Kabinet.

Ia berikutan desas-desus mengenai penjajaran baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan Kerajaan baru.

Sumber yang berhubung dengan FMT mengenai perkembangan terbaru di Petaling Jaya, di mana pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menghadiri mesyuarat berasingan dengan pemimpin parti mereka.

Sumber lain memberitahu FMT bahawa terdapat rancangan oleh Mahathir untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan komposisi baru politik dalam kerajaan.

FMT sedang menghubungi pihak istana untuk mengesahkan perkara ini.



Azmin dan beberapa pemimpin PKR berada di hotel sejak pagi

Awal hari ini, Azmin dan kira-kira 9 pemimpin dan ahli Parlimen PKR yang menyokong beliau tiba di hotel Sheraton Petaling Jaya. Dalam pada itu pemimpin tertinggi PPBM bermesyuarat di ibu pejabat parti itu di Yayasan Selangor tidak jauh dari situ.

Difahamkan pemimpin PPBM, termasuk Mahathir akan menyertai Azmin dan pemimpin lain di Sheraton untuk membuat satu “pengumuman penting”.

“Di situ semuanya bermula dan mungkin di situ jugalah ia akan berakhir,” kata sumber itu lagi.

Kawalan keselamatan ketat di pintu masuk hotel tersebut ketka itu, di mana pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkampung pada awal subuh 10 Mei 2 tahun lepas berikutan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum ke-14.

Pengumuman berkenaan hampir pasti akan menyebabkan DAP hilang kuasa kerajaan pusat, sementara parti berteraskan orang Melayu memainkan peranan dominan di bawah gabungan baru politik yang lahir.

Dalam pada itu, apa-apa perubahan di peringkat kerajaan persekutuan bakal memberi kesan di peringkat negeri.



PKR, DAP dan Amanah terus menekan Mahathir.

Keadaan semakin tegang dalam PH kini, ketika PKR, DAP, dan Amanah terus menekan Mahathir supaya menetapkan tarikh penyerahan kuasa kepada presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Perkembangan hari ini berlaku kurang 48 jam selepas sidang media pada tengah malam Jumaat, yang menyaksikan Mahathir secara tegas mengumumkan bahawa beliau masih berkuasa dan rakan kongsi dalam PH memberi kepercayaan kepadanya untuk terus kekal sebagai perdana menteri selagi dia mahu.

Bulan lepas, FMT melaporkan pertemuan peribadi antara Mahathir dengan presiden PAS, Abdul Hadi Awang mungkin memberi petanda tentang penyusunan semula kuasa politik di Putrajaya, langkah yang mungkin mengetepikan DAP, dan khususnya, menggagalkan cita-cita Anwar menjadi perdana menteri.

Penyusunan itu akan menyatukan kumpulan politik yang menyokong Mahathir dengan pengaruh PAS di negeri Melayu di semenanjung.

BACA: 20 kenderaan VVIp memasuki Istana Negara

BACA: Pertukaran Kerajaan: Mesyuarat tergempar DAP esok

sumber: FMT

💢Tak nak ketinggalan isu? follow update di telegram kami: https://t.me/tuncarlos