Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hormati isi hati rakyat dan akar umbi dalam menentukan halatuju UMNO -Najib


KUALA LUMPUR. Kamelut mengenai gabungan politik yang dikenali sebagai Pakatan Nasional diantara UMNO PAS dan Tun Mahathir sedang menjadi perbualan hangat oleh rakyat masa kini.

Ini gara-gara ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato Lokman Adam telah mendedahkan mengenai gerakan ini di dalam UMNO sehinggakan beliau telah dibuang keahliannya dalam UMNO baru-baru ini.

Majoriti rakyat dan akar umbi dilihat amat kecewa dengan idea untuk UMNO bergabung ataupun menerima Tun Mahathir untuk menjadi kerajaan baru walaupun tanpa DAP dan PKR.

Walaupun begitu, majoriti pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dilihat positif dengan idea untuk bergabung dengan Tun Mahathir dengan alasan mereka untuk menyelamatkan parti UMNO dan juga untuk selamatkan pemimpin-pemimpin UMNO yang kini menghadapi masalah kewangan dan pelbagai pertuduhan di mahkamah.




Pandangan DS Najib

Rakyat dan akar umbi UMNO masih tertunggu-tunggu apa pandangan bekas Perdana Menteri DS Najib megenai perkara ini kerana beliau sebelum ini dilihat tidak begitu memberi respon terhadap isu ini.

Hari ini, melalui Facebooknya, beliau telah membuat LIVE streaming bagi memperjelaskan pandangan beliau mengenai isu ini.

"Ramai telah bertanya kepada saya, mengenai perkembangan terkini dalam umno dan BN. Ada yang minta nasihat saya, ada yang minta komen beri hala tuju. ada yang nak tahu apa pendirian saya."

"Dalam kita membuat apa-apa keputusan dan halajutu biarpun UMNO atau BN, terlebih dahulu kita (pemimpin UMNO) perlu memikirkan dua pihak.




"Yang pertama dan utama sekali dalam pertimbangan kita adalah rakyat. Apakah yang terbaik untuk rakyat dan negara.

"Apakah sistem politik yang rakyat mahu lihat. Apakah mesej rakyat boleh kita tafsir dari PRK-PRK selepas pru14 dan sejak 2019 bermula dengan PRK Parlimen Cameron Highlands.

"Sehinggakan baru-baru ini suara meminta bubar parlimen semakin kuat kedenganran. Ingat, daripada lima PRK ini memberikan angka-angka yang amat mengejutkan kepada dua pihak BN mahupun PH di setiap saluran dan daerah.

"Yang kedua adalah akar umbi kita dalam UMNO dan BN. Semasa UMNO dan BN berada pada "lowest point" sepanjang 2018, parti kita bagaikan terumbang ambing dilambung gelombang dan dibadai ombak.




"Mereka yang disangka kawan meninggalkan kita, mereka yang kita jaga, sayang dan julang bertahun-tahun lamanya tidak mahupun duduk semeja dengan kita lagi

"Yang tinggal akhirnya siapa? Mereka di akar umbi yang jujur yang ikhlas dan setia kepada perjuangan kita untuk rakyat.

"UMNO dan BN tidak runtuh, tidak lemas kerana mereka yang meninggalkan kita. Biarpun UMNO dan BN menjadi pembangkang, ahli akar umbi ini tetap megah mengibarkan bendera parti dan tidak berasa malupun memakai lambang kita.

"Mereka tetap berjuang dan menjadi suara rakyat sehinggakan PH berlari lintang pukang tidak terjawab banyak isu sehingga hari ini.




"Saya mengingatkan bahawa sokongan rakyat semakin mantap dan kukuh apabila permuafakatan nasional yang dikaji UMNO dan PAS serta disokong parti-parti komponen BN mendapat tempat di hati rakyat.

"Hujung minggu ini sehingga 15 April, akan bermula mesyarat umno cawangan di seluruh negara. Sehubungan itu saya menyeru semua ahli umno agar mengambil peluang ini untuk merapatkan saf perjuangan kita."

"Umno bukan milik mana-mana individu dan atau pihak. Umno milik rakyat dan akar umbi umno yang setia. Dengar dan hormatilah isi hati akar umbi ini."

Mereka lah yang layak paling layak menentukan halatuju umno. Saya yakin kita masih kekal setia bersama BN akan meneruskan bahtera rakyat."uajr DS Najib mengakhiri video.

-Tun Carlos

video: